Najib vs Mahathir: Mahathir Pun Tak Mungkin Menyerah Kalah...

0 comments

KELAB GREENBOC



 
Pntadbiran Najib tidak bersih- Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku beliau menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pentadbirannya yang didakwa tidak bersih.

Bekas Perdana Menteri berkata, beliau tidak puas hati kerana di bawah pentadbiran Najib, duit negara hilang dan hutang luar negara pula meningkat.

“Agenda kerajaan kena bayar hutang. Kalau bayar hutang saya tidak ada masalah. Menjadi masalah sekarang ialah duit (negara) hilang.

“Kalau satu juta, dua juta takpelah, ni sampai 14 juta, 20 juta hilang. Tidak tahu ke mana perginya. Ini persoalannya. Saya tak puas hati pasal duit hilang…duit kerajaan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Syarahan Perdana di German-Malaysia Institute pada Rabu.

Dr ‎Mahathir berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Najib yang menyatakan beliau tidak akan berganjak walaupun ‘diserang’.

Najib ketika berucap ketika melancarkan laporan Program Transformasi 2014 berkata, beliau tidak akan berganjak atau menyerah kalah walaupun diasak dan dikritik. -FMT


Najib Enggan Menyerah Kalah, Mahathir Pun Tak Mungkin Mengalah...

Hanya beberapa jam setelah Perdana Menteri, Najib Razak mengatakan beliau tidak akan menyerah kalah di sebalik pelbagai kritikan dan serangan terhadapnya, Tun Mahathir Mohamad juga memperlihatkan pendiriannya yang tidak mahu mengalah daripada terus menegur dan mengasak.

Jika malam tadi Najib mengungkapkan madah Bugisnya, Tun Mahathir hari ini bukan saja mengulangi kritikan mengenai gaya hidup mewah isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor bahkan menyifatkan kerajaan pimpinan Najib sebagai tidak bersih kerana menyebabkan banyak kehilangan wang serta meningkatnya hutang negara.

Beliau juga menyebut mengenai kos bunga untuk perkahwinan anak perempuan Najib dan Rosmah sehingga RM3 juta yang menjadi perbualan ramai dan diceritakan oleh ramai orang kepadanya.

Dalam konteks Najib, beliau dilihat sama sekali tidak mungkin berganjak dari kerusi Perdana Menteri yang sedang didudukinya, walaupun Tun Mahathir sudah beberapa kali mendesaknya agar berundur demi menyelamatkan nasib UMNO dan BN daripada ditimpa kekalahan.

Jika sebelum ini beliau mengatakan tidak rasa keseorangan, kali ini Najib memperlihatkan seolah-olah pantang baginya untuk menyerah kalah, sesuai dengan darah Bugis yang mengalir dalam tubuhnya.

Najib juga tidak mungkin menjawab segala kritikan Tun Mahathir terhadapnya, meskipun semakin ramai yang mahukannya berbuat demikian. Terbaru, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi - selepas Tengku Razaleigh Hamzah, Shahrir Samad, Khairy Jamaluddin, Shafie Afdal, Nur Jazlan dan beberapa yang lain, turut berpendirian bahawa Najib harus menjawab sendiri semua persoalan itu.

Sama ada Najib tidak mahu atau tidak mampu menjawabnya, jawapannya ketika ini ialah beliau tidak mahu menyerah kalah atau lebih mudahnya ialah "saya masih mahu menjadi Perdana Menteri."

Tun Mahathir pula, sepertimana yang difahami oleh ramai orang, tidak pernah sama sekali mahu mengalah, menyarah kalah atau mengaku kalah atas sesuatu yang sudah dimulakannya.

Ini kerana beliau dikatakan tidak mungkin melakukan sesuatu jika tidak mempunya asas yang kukuh mengenainya.

Beliau juga ditafsir oleh ramai orang sebagai seorang yang semakin hebat pemikiran dan daya kreativitinya apabila menghadapi tekanan atau ketika sedang berbalah dengan seseorang.

Apabila Najib tidak mahu menyerah kalah, ramai yang merasakan Tun Mahathir, bukan saja akan lebih agresif dan berstamina, bahkan kemungkinan tampil dengan lebih maklumat dan idea luar biasanya lagi selepas ini.

Meminta Tun Mahathir berhenti mengkritik dan menegur juga seperti tidak munasabah. Ini kerana bukan saja beliau sudah menegur secara tertutup dan menulis surat tetapi tidak dipedulikan oleh Najib, lebih dari itu semua persoalan yang dibangkitkannya juga mendapat sokongan yang nyata daripada rakyat.

Dengan Najib tidak mahu menyerah kalah dan Tun Mahathir tidak mungkin mengalah, pertanyaan ramai orang ketika ini ialah apakah kesudahannya nanti?

Apakah pertembungan mereka ini akan berlarutan sehingga PRU 14 nanti dan akhirnya menatijahkan "seorang menjadi abu manakala seorang lagi menjadi arang?"

Atau adakah Najib seharusnya dipaksa berundur demi masa depan UMNO dan BN kerana yang dikatakan menjadi beban sekarang ialah beliau dan bukannya Tun Mahathir?

Dengan pertembungan ini sudah memasuki episod getir sekarang, apakah ia menandakan sudah sampai masanya pimpinan dan ahli UMNO akar umbi harus bangun dan menyatakan pendirian mereka dengan segera, bukan lagi penentuan nasib parti sekadar berlegar di kalangan 191 Ketua Bahagian saja?
-shahbudindotcom




SUMBER: http://ift.tt/1H0ficX
Read more »

Dipenjara lapan hari, wanita tanggal baju dibebas

0 comments
SINAR HARIAN
Wanita buka baju dituduh tak bayar minuman Aksi wanita berkenaan yang berjaya dirakam
 
 
 
KUALA LUMPUR - Selepas lapan hari ditahan di Penjara Kajang, wanita yang menanggalkan bajunya di Jalan Petaling baru-baru ini dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Siti Radziah Kamarudin membenarkan Persana Avril Sollunda, 33, diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di mana-mana balai polis berhampiran setiap dua minggu sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Siti Radziah juga memerintahkan Persana Avril, yang berasal dari Sabah, tidak meninggalkan Semenanjung Malaysia sehingga kesnya selesai.

Tertuduh yang memakai kot hitam labuh, skirt pendek dan kasut but diikat jamin oleh adik lelakinya.

Sebelum prosiding bermula, tertuduh yang merupakan seorang pekerja spa kelihatan gembira dan berbual-bual dengan seorang tertuduh lain yang berada bersamanya di kandang tertuduh.

Pada 28 April lalu, Persana Avril yang juga model sambilan didakwa di Mahkamah Majistret kerana menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal
membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam.

Gambarnya tanpa baju dan coli dirakam dan disebar di laman sosial dan menjadi viral.

Pada hari itu mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan terhadap wanita itu kerana tiada penjamin yang hadir.

Dia didakwa terhadap pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam, di Jalan Petaling, di sini pada 2.07 petang, 23 April mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah juga membacakan sekali lagi pertuduhan terhadap Persana Avril.

Wanita itu mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya selepas pertuduhan itu dijelaskan oleh peguamnya Muhammad Nor Izzat Nordin.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi menawarkan RM10,000 dengan dua penjamin atas alasan kemungkinan tertuduh akan meninggalkan Semenanjung Malaysia tetapi Nor Izzat memohon mahkamah menurunkan jaminan itu kepada RM1,000 kerana kesalahan yang dilakukan anak guamnya adalah kecil.

Beliau berhujah prinsip ikat jamin bukan untuk menghukum tertuduh sebaliknya untuk memastikan dia hadir ke mahkamah untuk perbicaraan seterusnya.

Mahkamah menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes. - Bernama




SUMBER: http://ift.tt/1IJmn3I
Read more »

Membangun Negeri-Kerjasama Dengan Kerajaan Persekutuan Penting: Musa

0 comments
1. Ketua Menteri Sabah yang turut berkempen di PRK Permatang Pauh Pulau Pinang, memberitahu pengundi Permatang Pauh, bahawa kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan tersangat penting untuk membangun sesuatu kawasan.

2. Mengambil iktibar pengelaman Sabah, negeri di bawah itu menjadi mundur kerana suatu masa lalu, tidak terdapatnya kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

3. Hanya, pengundi memberi peluang kepada kerajaan BN, Sabah dapat membangun, kerana peruntukan terus mengalir daripada Kerajaan Pusat.

4.Melalui PRK Permatang Pauh, Musa mengesa pengundi kawasan itu memberi peluang kepada calon BN-Suhaimi Sabudin, atas sebab, bukan sahaja calon BN, akan tetapi juga anak tempatan. Sebagai anak tempatan yang disokong oleh kerajaan pusat, maka ketinggalan selama 17 tahun bakal dikejar, demi pengundi dan rakyat Permatang Pauh.

5. Mengambil pengealaman Sabah, sebelum Bn mengambil alih kerajaan, kadar kemiskinan melebihi 20 peratus, dan kini kadar kemiskinan sudah menurun ke paras 8 peratus dan pada tahun 2018 dijangka turun ke paras 3 peratus.

4. Kerajaan Persekutuan mempunyai sumber pendapatan yang cukup untuk membangun kawasan-kawasan yang ketinggalan, atas sebab itu, memberi peluang kepada wakil Kerajaan Persekutuan menjadi wakil rakyat sebenarnya untuk membelah rakyat sesuatu kawasan itu.

5. PRK Permatang Pauh terpaksa diadakan, berikutan kehilangan kelayakan penyandang kawasan itu Dato Seri Anwar Ibrahim kerana disabit kesalahan jenayah meliwat pembantu lelakinya pada Jun 2008.

6. Pengundian PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, di mana empat calon mengemukakan diri untuk dipilih rakyat. UBN menaruh harapan kepada Setiausaha Bahagian Umno Permatang Pauh Suhaimi Sabudin untuk melakukan kejutan.


SUMBER: http://ift.tt/1PhrNmm
Read more »

Permohonan reman ditolak kerana tuduhan tidak munasabah

0 comments
 
Antara tuduhan yang diberikan polis kepada mahkamah ialah menconteng, buang batu, mercun, jerit Batal GST, Hidup Rakyat dan Henti Rasuah


gst3_600


PETALING JAYA: Tuduhan tidak munasabah yang diberikan pihak Polis antara sebab mahkamah menolak permohonan reman beberapa pemimpin pembangkang berhubung penganjuran Batal GST pada 1 Mei lalu.

Antara tuduhan yang diberikan oleh polis antaranya:
  • menconteng
  • bom asap
  • buang batu
  • mercun
  • jerit Batal GST, Hidup Rakyat dan henti rasuah
Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan telah disebarkan menerusi media sosial.

Arul ditahan selepas diminta menyerah diri kepada pihak polis

Turut dibebaskan, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk S Ambiga, Anthony Loke daripada DAP, Dr Hatta Ramli daripada Pas dan Rafizi Ramli daripada PKR.

Mereka dibebaskan pada 2 Mei selepas ditahan secara berasingan.

Sementara itu, Arul memaklumkan 29 peserta bantahan itu masih ditahan setakat ini dan merayu sokongan orang ramai.



SUMBER: http://ift.tt/1brj2IX
Read more »

Azmin panggil KPN barua UMNO

0 comments

Azmin mendakwa rakyat akan membenci jika Ketua Polis Negara tidak berprinsip dan rela membiarkan diri menjadi pencacai UMNO.


azmn-khalid


PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, menyerang Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang didakwanya menjadi barua UMNO berbanding menjaga keselamatan masyarakat.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merujuk kepada tindakan polis menahan beberapa pemimpin politik dan peserta Bantah GST di ibu negara pada 1 Mei lalu.

“Tolong beritahu Ketua Polis Negara, mahu jadi Ketua Polis Negara yang menjaga keselamatan rakyat atau mahu jadi barua UMNO dan BN,” katanya di di Kubang Ulu pada Ahad, lapor bnbbc.com

Katanya, rakyat akan terus membenci jika Khalid tidak mempunyai prinsip dan rela membiarkan dirinya menjadi pencacai UMNO.

“Rakyat minta jadi Ketua Polis Negara yang ada maruah dan prinsip, baru kita hormat. Kalau tidak, rakyat akan benci pada kamu kerana kamu penjadi pencacai kepada UMNO dan BN,” katanya.
Azmin turut mencabar agar rakaman ucapannya itu diserahkan kepada Khalid.

Setiausaha Agung PSM, A Arutchlevan, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga, Anthony Loke (DAP), Dr Hatta Ramli (Pas) dan Rafizi Ramli (PKR) ditahan selepas terlibat dalam perhimpunan itu.

Mereka dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman oleh polis dipercayai kerana tuduhan tidak munasabah.

Sehingga kini, lebih 20 peserta perhimpunan itu ditahn reman bagi membantu siasatan.

SUMBER: http://ift.tt/1OT6L2H
Read more »

Hadi tidak pasti siapa protes calon PKR

0 comments
SINAR HARIAN
Abdul Hadi Awang Abdul Hadi Awang
 
 
 
KOTA KINABALU - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak mengetahui secara pasti golongan yang membuat protes terhadap calon PKR bagi PRK Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  
Ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyan Pas Sabah di sini hari ini, beliau berkata mungkin golongan itu adalah pihak yang cuba membuat provokasi pada musim pilihan raya parlimen di kawasan berkenaan.
  
Ketika ditanya sebab beliau tidak turun berkempen di Permatang Pauh, Abdul Hadi berkata, beliau sibuk dengan program parti yang diatur lebih awal selain terpaksa berulang ke hospital untuk menerima rawatan.
  
Mengenai pendirian Pas Pusat berhubung anggota PR Sabah khususnya DAP yang menolak pembabitan Pas dalam PR Sabah, Abdul Hadi berkata, terpulanglah kepada PR negeri masing-masing untuk membuat keputusan namun Pas masih anggota PR Pusat.
  
Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan Pas tetap dengan pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan berpegang kepada persetujuan dicapai di kalangan pemimpin-pemimpin PR sebelum ini yang memulangkan kepada parti masing-masing dalam soal pendirian parti yang berbeza.
  
Katanya Pas akan melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negara ini secara demokrasi dan Pas mengemukakan hukum hudud di Kelantan serta undang-undang jenayah syariah di Terengganu kerana parti itu menang besar dalam beberapa pilihan raya umum lalu di negeri berkenaan.




SUMBER: http://ift.tt/1KE9qaB
Read more »

Calon presiden PAS, timbalan perlu berdebat

0 comments
MALAYSIAKINI

Pemilihan Muktamar PAS kini tidak lagi menjadi agenda dalaman PAS semata mata.

 


Saya percaya ramai orang di luar PAS yang meneliti dengan mendalam perkembangan PAS muktahir ini khususnya di dalam suasana kerancakan "demam" muktamar PAS yang akan diadakan di awal Jun ini.

Pemilihan ini agak menarik kerana mungkin buat kali pertama PAS menyaksikan wujudnya lebih satu pencalonan kepada calon Presiden PAS.

Dalam hal ini, kewujudan kerencaman pencalonan presiden tersebut menunjukkan demokrasi dalam PAS masih wujud walau apa pun tanggapan orang ramai terhadap PAS.

Secara tradisinya, seseorang pPresiden PAS biasanya tidak ditentang dan akan menang secara mudah dalam proses pemilihan.

Namun tradisi tersebut nampaknya kini sudah mula berubah dan ini berkemungkinan berlaku disebabkan para ahli dan pimpinan PAS di peringkat bawah sudah mula "berani" bersuara dan mahukan prinsip pertanggunjawaban, ketelusan, pencapaian, integriti dan merit dijadikan asas utama pemitlihan kepimpinan setinggi mana sekalipun jawatan yang dipertandingkan.

Selain jawatan presiden, jawatan Timbalan presiden Pas berkemungkinan juga akan dipertandingkan kali ini sebagaimana ia dipertandingkan dalam muktamar PAS dua tahun yang lalu.

Memandangkan Perlembagaan PAS membenarkan mana-mana ahli PAS untuk dicalonkan memegang apa apa jawatan setinggi mana pun jawatan itu dengan syarat ahli ahli tersebut menerima pencalonan yang secukupnya untuk bertanding.

Dalam hal ini, saya rasa tidak sewajarnya mana-mana pihak membuat andaian atau tafsiran kewujudan pertandingan apa-apa jawatan dalam PAS termasuk jawatan presiden atau timbalan presiden itu suatu amalan yang tidak sihat, asing dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jika itu hujahnya, maka sudah tentu kewujudan Perlembagaan PAS yang membenarkan pertandingan itu sendiri wajar dipertikaikan.

Kewujudan pertandingan bagi mengisi jawatan presiden atau timbalan presiden bertolak daripada hasrat para perwakilan yang mahukan calon yang sesuai untuk diamanahkan memimpin PAS, paling kurang untuk tempoh masa dua tahun akan datang.

Persoalannya bagaimanakah calon yang akan bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden itu dapat dinilai dengan adil, telus dan saksama jika tiada satu proses secara terbuka bagi calon itu diberi peluang membentangkan idea dan wawasan mereka masing-masing bagi membawa PAS dengan lebih yakin di tengah tengah masyarakat pelbagai agama, bangsa dan kaum di negara ini.

Justeri itu, salah satu medan dan wadah yang paling mudah dan berkesan bagi mencapai hasrat tersebut, bagi saya, adalah diprogramkan satu debat terbuka antara calon-calon yang bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden PAS.

Melalui debat ini saya percaya para perwakilan dan ahli dapat menilai dan memuhasabah tahap pencapaian, displin kerja, sikap pertanggugjawaban, amanah dan keupayaan calon calon tersebut.

Keupayaan itu termasuklah kemampuan menguasai dengan baik isu-isu negara dan antarabangsa dan keupayaan untuk meyakinkan rakyat pelbagai agama dan bangsa di negara ini untuk menerima PAS sebagai parti politik yang wajar diberi peluang bersama sama Pakatan Rakyat untuk menerajui negara ini.

Sudah tentu tidak salah PAS mengambil ruh dan model pemilihan kepimpinan negara negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom yang sudah lama membudayakan trend debat terbuka antara calon calon presiden negara.

Indonesia juga telah mula menjejaki tradisi agung negara negara maju tersebut.

Sistem yang baik, daripada mana pun sumbernya, boleh dicedok untuk kebaikan kita sepertimana sebuah hadith yang menyatakan "hikmah itu barang tercicir orang Islam, dan jika mereka menjumpainya mereka layak memiliki barang tercicir itu."

Maka dalam soal kepimpinan, sudah tentu debat dalam menilai kemampuan pimpinan ibarat barang tercicir umat Islam yang PAS wajar serapkan dalam PAS. Sudah tentu debat itu sendiri harus dikawal dengan etika dan adab adab yang tinggi.

Tanpa debat terbuka atau apa-apa program seumpama itu, maka dikhuatiri penilaian yang adil, telus dan saksama tidak lagi dapat dilakukan dalam memilih kepimpinan tertinggi PAS.

Yang lebih membimbangkan tidak mustahil faktor dan kriteria yang tidak wajar dijadikan sandaran utama pemilihan akan lebih dominan dan dikehadapankan. Jika ini berlaku, bagi saya, ia tidak membawa apa apa kebaikan dalam PAS.


MOHAMED HANIPA MAIDIN ahli jawatankuasa PAS pusat. 



SUMBER: http://ift.tt/1KE2YA8
Read more »

‘Goodwill Star’ dilancarkan

0 comments
Feri baharu rentasi laluan antara Labuan-Sabah-Brunei LABUAN: Pengangkutan laut pergi-balik dari Labuan ke tanah besar Sabah, Sarawak dan […]

SUMBER: http://ift.tt/1FGKG1j
Read more »

GENG MAT SABUN BOGELKAN TUAN BERAHIM DI #PRKROMPIN!!!

0 comments
Huh! Nampak gayanya perbalahan terbuka diantara Tuan Ibrahim Tuan Man dengan Mat Syabun tu semakin bertambah sengit dengan tindakan yang tak masuk akal dilakukan mereka.

Jika sebelum ini, Si Tuan Ibrahim tu dimaklumkan mengenai isu cukai tanah yang tak munasabah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang terhadap beberapa orang penduduk disekitar kawasan Rompin.

Kata Tuan Berahim, beberapa orang penduduk khususnya dikawasan Desa Teratai disini merungut kerana mereka terpaksa membayar cukai tanah diantara RM100 hingga RM300 setahun.
"Pada asalnya mereka hanya membayar RM20 kepada Pejabat Tanah Daerah Rompin (PTD) namun pada 2013 mereka terkejut kenaikan melebihi 100 peratus. Kenaikan tersebut tidak masuk akal dalam situasi ekonomi yang tidak menentu pada hari ini," dakwanya.

Dari sumber yang mendedahkan mengenai perkara tersebut, makluman mengenai perkara itu disampaikan kepada Tuan Berahim oleh penyokong - penyokong PAS yang tinggal dikawasan tersebut.

Namun hakikatnya, Tuan Berahim tu sendiri jelas telah tertipu dengan makluman yang diberikan kepada dirinya mengenai isu cukai tanah tu sebelum ini oleh mereka yang berkenaan.

Dan Si Tuan Berahim tu sendiri pun tidak suka nak mengambil tanggungjawab untuk membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa, terutama dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Pahang sendiri.

Sumber dari Pejabat PTG sendiri memaklumkan bahawa cukai tanah pada tahun 2007 pernah dinaikkan dan ianya berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010, tetapi hanya berjalan untuk tempoh yang singkat.
"Setelah pihak Kerajaan menerima aduan rakyat yang rasakan cukai tersebut terlalu membebankan, ianya telah dibatal dan kadar yang dikenakan sekarang adalah kadar tahun 1994, iaitu pada kadar asal. Tak timbul soal ada sebarang kenaikkan." jelas sumber berkenaan.
Jelas, tindakan Si Tuan Berahim membuat tuduhan melulu mengenai kenaikkan cukai tanah melebihi 100 peratus itu hanya merupakan satu pembohongan puak - puak PAS tu semata - mata.

Sekarang kita cabar Si Tuan Berahim tu untuk tampil dalam sidang media dan mendedahkan bukti mengenai isu kenaikkan cukai tanah yang didakwa sebelum ini. Setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!!

Dan tidak mustahil sekiranya Si Tuan Berahim tu sendiri telah ditipu dan diperdayakan oleh puak - puak yang selama ini menyokong Si Mat Syabun tu untuk memalukan dia secara terbuka. Sekarang, Si Mat Syabun tu ada bahan untuk berkempen. Lepas ni dia boleh kata Tuan Berahim tu seorang Kaki Penipu!!!


SUMBER: http://ift.tt/1JHOP7F
Read more »

New ferry launched for Labuan-Sabah-Brunei sea route

0 comments
LABUAN: The sea transportation from Labuan to the mainland Sabah, Sarawak and Brunei continues to improve following the […]

SUMBER: http://ift.tt/1I0y3hU
Read more »

Tidak Bolehkah Mahathir Gandingkan Saja Muhyiddin Dengan Ku Li?

0 comments

shahbudindotcom


Apabila Tun Mahathir Mohamad menyebut ada pemimpin lain yang lebih layak menjadi Perdana Menteri menggantikan Najib Razak, tujuannya tentulah agar Muhyiddin Yassin segera menyatakan pendiriannya.

Ia seolah-olah "ingatan awal" kepada Timbalan Perdana Menteri itu agar tidak terlalu lama dalam membuat keputusan iaitu sama ada mahu bersama dengan gerakan perubahan yang sedang dilakukannya atau kekal bersama Najib.

Ia juga memberi gambaran, jika Muhyiddin terus berlengah-lengah dan bermain dengan masa, tidak mustahil Tun Mahathir akan menonjolkan pula tokoh lain yang tidak disebut namanya itu.

Bagaimanapun, melalui pemerhatian dari pelbagai kelompok dalam UMNO, tokoh lain yang disebut oleh Tun Mahathir sebagai lebih layak menggantikan Najib itu tidak lain ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

Terutama untuk berhadapan dengan kegetiran untuk mengekalkan kuasa UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang, tidak dinafikan Ku Li paling ke hadapan untuk tugas tersebut kerana beliau diyakini boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat negara ini.

Satu-satunya yang mengekang Ku Li ialah beliau tidak berada dalam hireaki kepimpinan tertinggi UMNO. Jawatannya hanyalah Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan.

Bercakap di Pulau Pinang semalam, bekas Perdana Menteri itu berkata, selain Muhyiddin, ada juga pemimpin lain yang lebih layak menggantikan Najib.

Bagaimanapun katanya, mengikut tradisi UMNO, lebih baik jawatan itu diambil alih oleh pemimpin nombor dua negara.

Sekali lagi, dalam usaha menyelamatkan UMNO dan BN serta memastikan ia kekal berkuasa, Tun Mahathir mahu tradisi UMNO terus dipatuhi. Lantaran itu, nama Muhyiddin lebih diutamakan agar tidak berlaku sebarang konflik dalam UMNO. Melakukan perubahan dengan mengenepikan hireaki bukan saja mengundang konflik dan menimbulkan masalah tetapi juga tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dalam hal ini, oleh kerana Tun Mahathir sudah beberapa kali menyebut nama Muhyiddin, seharusnya Timbalan Perdana Menteri itu segera memahaminya. Beberapa isu negara seperti 1MDB, Altantuya, GST, hutang negara dan sebagainya, tidak lain hanya memerlukan perubahan kepimpinan untuk menanganinya.

Mungkin ketika ini Muhyiddin ingin menumpukan tugasnya kepada pilihanraya kecil Rompin dan Permatang Pauh terlebih dahulu, tetapi selepas itu beliau sebenarnya tidak ada alasan lagi untuk menangguhkan pendiriannya.

Memandangkan pilihanraya umum akan datang hanya kira-kira tiga tahun saja lagi, perubahan kepimpinan UMNO dan kerajaan tidak seharusnya dilewatkan lebih lama lagi kerana ia mungkin menyebabkan kesuntukan masa untuk berhadapan dengan rakyat.

Sebaik pilihanraya Permatang Pauh berakhir pada 7 Mei ini, Muhyiddin harus segera menyatakan pendiriannya - kekal bersama Najib atau berpihak kepada Tun Mahathir.

Di ketika yang sama, oleh kerana isu getir sekarang ialah untuk memastikan pengekalan kuasa BN sebagai kerajaan, Tun Mahathir juga seharusnya memikirkan jalan untuk menggandingkan Muhyiddin dengan Ku Li untuk membentuk suatu pasukan yang lebih mantap demi kepentingan negara.

Mungkin gandingannya ialah Muhyiddin - Ku Li atau Ku Li - Muhyiddin.  Mungkin juga boleh diwujudkan sistem penggiliran antara keduanya sebagaimana yang pernah diwujudkan di Sabah suatu ketika dahulu.

Kedua-dua mereka, Muhyiddin dan Ku Li, tentunya harus lebih bertolak ansur dari segi jawatan dan kedudukan kerana yang utama ialah kemenangan dalam pilihanraya dan menyelamatkan negara.

Tun Mahathir barangkali boleh memikirkan bentuk gandingan yang sesuai antara kedua-dua pemimpin tersebut kerana yang penting ketika ini, selain menyelamatkan negara dan memastikan kemenangan dalam pilihanraya, Najib harus ditekan dan dipaksa berundur terlebih dahulu.

Inisiatif ini, jika dapat diusahakan oleh Tun Mahathir, bukan saja menyebabkan sokongan diterimanya lebih meluas, bahkan boleh membuatkan Najib menarik balik madah Bugisnya yang enggan menyerah kalah sebelum ini.


SUMBER: http://ift.tt/1I32Qwb
Read more »

Keperluan Rakyat Keutamaan Musa

0 comments
1. Semalam (Khamis) Datuk Musa melihat sendiri kadar pelebaran Putatan-Petagas. Pelebaran jalan tersebut dilakukan, kerana pertambahan jumlah kenderaan yang menggunakan jalan itu bertambah luar biasa. Selain daripada pertambahan kenderaan, membangunnya daerah Putatan yang begitu pesat selepas berpisah dengan Penampang, begitu ketara sekali.

2. Putatan 10 Tahun lalu, bukan lagi Putatan sekarang. Daerah itu bagaikan mini bandar yang lengkap serba serbi.

3. Musa yang dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada Tahun 2003, melihat potensi Putatan, sebagai bandar satelite Kota Kinabalu. 

4. Putatan yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pintu utama masuk ke negeri di bawah bayu, membangun rancak sejak kebelakangan ini. Akibat pembangunan yang rancak itu, nilai hartanah di kawasan itu melambung tinggi.

5. Parlimen Putatan yang mempunyai dua kawasan DUN Petagas dan Tanjong Aru, tidak diwakili oleh satu komponen parti, kerana Parlimen Putatan di wakili UPKO, DUN Petagas oleh Umno, manakala Tanjong Aru- Parti PBS, Walaupun kawasan ini, termasuk dalam kawasan spra bandar, yang biasanya para pengundi merupakan penyokong pembangkang, namun, sejak PRU 2004, semua kawasan dimenangi UBN, termasuklah pada PRU-13, di mana PRU tersebut dianggap sebagai IBU kepada semua pilihanraya di negara ini.

6.Keadaan di Putatan adalah kebalikan di kawasan yang bersempadanan, seperti Parlimen Penampang dengan DUN Moyog dan Kapayan, semuanya dimenangi pembangkang pada PRU-13.

7. Dua minggu sebelum semalam, Musa melawat kawasan-kawasan yang dimenangi Pembangkang termasuk Parlimen Kota Kinabalu dan Penampang. Sebagai Ketua Menteri, beliau tidak mengira kawasan, yang mustahak adalah penyediaan keperluan rakyat demi keselesaan mereka.

8. Pada Khamis, selepas melawat Putatan, Musa meneruskan lawatan ke Kawasan Papar, untuk melihat sendiri perkembangan dan kelajuan pembinaan peruamahan rakyat (PPR). 

9. Musa memberi contoh melalui tindakan dan tauladan dengan merancakkan turun padang. Beliau tidak terikut-ikut politiking seperti yang diamalkan para pemimpin tertentu. Musa macam tidak terganggu dengan keadaan politik semasa, di saban hari, Perdana Menteri mendapat berbagai kritikan daripada semua penjuru, khususnya daripada Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir.


SUMBER: http://ift.tt/1c0KgHL
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog