Apasal PERKASA Tak Mahu Pancung Mereka Di Putrajaya?

KELAB GREENBOC









Apa Lagi, Penggallah... Sebab Kerajaan Sendiri Benarkan Gereja Guna Kalimah Allah



Tidak lama selepas beberapa NGO dan banyak pejuang-pejuang Islam meraikan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang secara jelasnya mengekalkan keputusan tidak membenarkan majalah Herald menggunakan kalimah Allah dalam terbitannya, kerajaan mengeluarkan kenyataan ringkas bagi memperjelaskan lagi keputusan mahkamah itu.



Kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan itu menyebut bahawa keputusan itu hanya terpakai untuk majalah Herald saja, tetapi penganut agama Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja-gereja. Diulang, penganut agama Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja-gereja.



Menurut kenyataan itu, kerajaan menghormati keputusan mahkamah itu dan meminta semua pihak mematuhinya, namun penghakiman itu hanya terpakai untuk majalah Herald saja.



Lihat betapa lemah-lembut, toleransi dan talam dua mukanya kerajaan. Dalam sejak sekian lama mengatakan kalimah Allah hanya eksklusif untuk Islam dan meminta NGO serta banyak pihak lain menjerit dan bersama dengannya mempertahankan kalimah Allah, sekelip mata saja pendirian kerajaan boleh berubah.



Kenyataan itu hanya menyebut ianya sebagai pendirian kerajaan atau Putrajaya, tetapi tidak pula mengaitkan dengan mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan sebagainya. Namun demikian, oleh kerana ia disebut mewakili kerajaan atau Putrajaya, sudah tentulah kenyataan yang memperjelaskan bahawa keputsan mahkamah hanya berkaitan dengan majalah Herald dan penganut Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah tanpa halangan, turut mendapat kebenaran daripada Perdana Menteri.



Tidak mungkin ia dikeluarkan tanpa mendapat restu atau lampu hijau daripada Najib selaku Perdana Menteri.




Kenyataan yang dilihat amat melukakan hati NGO dan pejuang-pejuang Islam seperti Perkasa, Isma dan lain-lain ini bagaimanapun hanya mendapat tempat di portal berita dalam talian saja, namun tidak disiarkan dalam akhbar-akhbar arus perdana. Dengan demikian, pendirian "double standard", talam dua muka dan secara jelas membenarkan kalimah Allah digunakan di gereja, tidak diketahui oleh orang-orang Melayu di kampung atau makcik-makcik di tanah rancangan Felda di seluruh negara.



Dengan Perkasa, Isma dan lain-lainnya meraikan keputusan mahkamah semalam seolah-olah suatu kejayaan kepada Islam dan kemudian berhimpun pula di Istana Kayangan, Shah Alam menuntut agar Bible bahasa Melayu yang dirampas Jais sebelum ini tidak dipulangkan, pengundi Melayu yang tiada kemudahan internet tentulah menyangka bahawa kerajaan pimpinan Najib juga benar-benar mempertahahkan kalimah Allah itu.



Lebih menggerunkan lagi apabila seorang pemimpin Perkasa juga memberi amaran mahu memenggal kepala mana-mana pihak yang enggan menghormati Islam di negara ini.



Malangnya, Islam akhirnya dikhianati oleh mereka yang sering melaungkan mahu mempertahankan Islam itu sendiri.



Nah, sekarang siapa yang mengkhianati kedaulatan Islam? Bukankah kerajaan, Putrajaya, anggota kabinet pimpinan najib sendiri yang menjadi pengkhianatnya? Apa lagi, penggallah....




Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam jelas menyebut gereja-gereja boleh menggunakan kalimah Allah tanpa halangan. Ia nampaknya tidak hanya untuk Sabah dan Sarawak, bahkan kenyataan terbaru ini memberi gambaran bahawa semua gereja di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah.



Terbukti bahawa keputusan mahkamah itu hanya menampakkan lagi wajah talam dua muka kerajaan mengenai Islam. Kepada pengundi Melayu dan Islam, mereka menonjolkan wajah Islam tetapi dalam masa yang sama berwajah lain semata-mata kerana bimbangan kehilangan sokongan serta undi daripada penganut agama lain.



Yang sedihnya, selain orang Melayu di kampung, makcik dan pakcik peneroka Felda dijual hidup-hidup oleh sikap talam dua muka UMNO dan kerajaan ini, beberapa NGO Islam seperti Perkasa, Isma juga turut terpedaya. Malah, ramai juga pemimpin UMNO sendiri yang turut terpedaya dengan lakonan UMNO dan kerajaan ini di mana mereka juga turut menyambut dan meraikan seolah-olah suatu kejayaan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.



Hakikatnya, tiada kejayaan apa pun kepada Islam daripada keputusan mahkamah itu, kecualilah jika Perkasa segera berubah fikiran dan menunaikan ikrar mahu memenggal kepala seperti yang dilafazkannya dengan garang sebelum ini. Jika tidak, semua ini poyo belaka. ~shahbudindotcom





Putrajaya hormat keputusan mahkamah, Kristian boleh guna kalimah Allah di gereja



Kalimah Allah masih boleh digunakan di gereja oleh penganut Kristian kerana keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini hanya melarang penerbitan mingguan Herald menggunakan perkataan itu, kata Putrajaya.



Kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan Putrajaya hari ini berkata, kerajaan turut menghormati keputusan mahkamah tersebut tersebut.



“Keputusan itu hanya terpakai untuk akhbar Herald daripada menggunakan perkataan Allah. Kristian Malaysia masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja," kata kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, di Kuala Lumpur.



"Kerajaan kekal komited dengan Penyelesaian 10 Perkara. Malaysia merupakan negara berbilang agama dan penting kitab menguruskan perbezaan dengan aman, berdasarkan peruntukan undang-undang, dialog, rasa hormat dan kompromi."



Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk tidak membenarkan rayuan pihak gereja selepas empat daripada tiga panel hakim bersetuju menolak rayuan penggunaan kalimah Allah.



Panel hakim menolak permohonan gereja untuk merayu, dengan memetik Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tepat untuk melarang penggunaan kalimah tersebut dalam terbitan mingguan Katolik, The Herald.



Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel tujuh hakim itu berkata, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar berkongsi pendapat yang sama.



Gereja Katolik bagaimanapun kecewa apabila empat hakim menolak permohonan mereka untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan mereka, The Herald.



"Empat hakim tersebut yang tidak membenarkan permohonan kami bercakap tentang perkara yang tidak menyentuh mengenai hak asasi kumpulan minoriti," kata Ketua Pengarang The Herald, Father Lawrance Andrew hari ini, di luar mahkamah.



Beliau berkata, peguam gereja akan mempertimbangkan untuk menyemak semula keputusan tersebut.
-TMI





SUMBER: http://ift.tt/1nFub8q

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog