MAK LAMPIR PESAN KAT DATUK MAH SUPAYA TUNAI JANJI PRK TELUK INTAN


Suasana PRK Teluk Intan telah berakhir dan kini sudah tiba masanya calon yang menang akan berkhidmat untuk rakyat dan calon yang kalah bermuhasabah diri.



Sejurus mengetahui kemenangan memihak kepada Datuk Mah Siew Keong, calon BN bersama dengan Pengerusi BN Perak telah mengadakan sidang akhbar bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Teluk Intan yang telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi memberikan perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan.



Tidak cukup dengan itu Datuk Mah telah menemui rakyat Teluk Intan pada awal pagi Ahad bagi mengucapkan terima kasih dan bertemu rakyat atas kemenangan yang telah diduga lebih awal lagi.



Namun, bagi Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang memberikan kenyataan media bagi mengulas kemenangan Datuk Mah dalam PRK Teluk Intan berpandangan kemenagan BN kali ini dibantu undi pos.



Menurut Zuraida, ini ada kena mengena dengan amaran Zahid (Datuk Seri Zahid Hamidi) bahawa kerajaan tahu siapa mengundi untuk siapa.



“Undian pos sebanyak 238 dan jumlah keseluruhan undian yang tidak selaras telah menimbulkan persoalan sama ada kemenangan Mah ini sebenarnya dapat dipertahankan,” katanya dalam kenyataan itu.



Kini, Pakatan Pembangkang akan memantau segala macam janji-janji BN seperti mana yang telah dijanjikan dalam manifesto calon BN.



Terdahulu, Datuk Mah telah bercakap mengenai manifestonya yang akan ditunaikan dirinya dalam tempoh 3 tahun ini sebelum PRU-14.



Apa yang pasti segala macam manifesto pilihan raya akan ditunaikan dan ini pastinya memerlukan kerjasama pemimpin BN dalam merealisasikannya.



Dalam kenyataan itu, Zuraida menggesa agar Datuk Mah ‘tidak menipu penduduk Teluk Intan’ selepas menjanjikan perubahan serta pembangunan semasa berkempen.



“Jalankan kerja anda dan tunaikan semua janji-janji yang dibuat atau orang ramai akan membuat pilihan lain pada pilihan raya umum selepas ini.



Kini kita hanya perlu tunggu dan lihat sama ada janji-janji itu akan ditepati atau hanya menjadi janji kosong,” tambahnya.



Seperti mana yang diumumkan Zuraida, Ketua Wanita PKR itu tidak perlu menasihati Datuk Mah yang merupakan orang politik yang lebih dahulu berbanding Zuraida sebaliknya Zuraida diminta menjaga kawasan Parlimen Ampang yang kini mengalami kerencatan pembangunan disebabkan wakil rakyatnya yang sibuk berpolitik berbanding menjaga kebajikan dan membawa pembangunan.



Juga, isu air dan kecurian pasir serta peningkatan rumah-rumah urut di kawasan Ampang dan Selangor kini sangat membimbangkan dan tiada usaha untuk Ketua Wanita PKR itu menasihati Menteri Besar Selangor untuk menyelesaikannya.



Akibat terlalu banyak berpolitik, Zuraida kini semakin dipinggirkan oleh rakyat Ampang yang ternyata kecewa dengan perkhdimatan yang diberikan sepanjang hampir 2penggal sebagai wakil rakyat.



Dalam pada itu, Zuraida turut memberi semangat kepada calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud bahawa ini hanyalah permulaan kepada kerjayanya dan Datuk Mah ‘kemungkinan besar hanya akan menjadi Ahli Parlimen tansit untuk PRU-14’.



Begitupun, itu hanya persepsi Zuraida yang kini dilihat masih kecewa ekoran kekalahan calon wanita, Dyana Sofya yang mewakili DAP.



Presiden Gerakan, Datuk Mah memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan jumlah undian sebanyak 20,157, mengalahkan Dyana dengan majoriti 238 undi, sekaligus berjaya menawan semula kerusi yang dimenangi DAP pada 2008 dan PRU-13. Dyana memperolehi 19,919 undi.







SUMBER: http://ift.tt/S18J4M

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog