MCA perlu buang perangai taukeh besar? Kerusi lu berapa???










Kerja tidak bikin tapi mahu bising dan arah-arah orang ka?



Menyampah pulak dengar MCA bersaura mahu jadi equal partner dengan UMNO. Dalam BN, parti kecil dan besar semua dapat suara kerana BN buat keputusan berdasarkan konsensus.

MCA dan Gerakan perlu kembalikan sokongan cina dan transformasi parti mereka dan berehenti jadi taukeh besar yang buat kaum cina menyampah. Malah ada pihak melihat MCA dan Gerakan sudah membawa agenda DAP. Baca SINI





Dahlah kerusi berapa kerat berbandingkan walaupun parti-parti Sabah dan sarawak, tapi masih nak berlagak macam taukeh besar. Memetik Flying Kick berikut:



Tidak keterlaluan kalau dikatakan, MCA sebenarnya sudah hilang cengkamannya ke atas masyarakat Cina, bahkan kemenangan calon-calonnya, hanya bersandarkan kepada sokongan masyarakat Melayu yang masih kekal menyokong UMNO berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti yang ditubuhkan pada tahun 1946 oleh seluruh kepimpinan Melayu dari pelbagai pihak di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Bharu itu.



Suatu yang MCA perlu diingatkan:



MCA yang ditubuhkan pada tahun 1949 atas nama Persatuan Cina Tanah Melayu oleh Tan Cheng Lock bersama-sama, Leong Yew Koh dan H.S Lee berhadapan dengan masalah dalaman yang cukup meruncing selepas era Ling Liong Sik. Prestasi paling teruk adalah pada tahun 2013 apabila MCA hanya menang 7 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN berbanding 15 Parlimen dan 32 DUN pada tahun 2008.



MCA bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN.



Adakah dengan perlantikan anggota kabinet dari kalangan MCA ini, prestasi kepimpinan Tiong Lai akan terkeleweh juga seperti ketika MCA di bawah kepimpinan Chua Soi Lek yang banyak melakukan kesilapan percaturan dan taktik.



Dari zaman awal merdeka sehinggalah kini, MCA setia bersama-sama UMNO walaupun ada masanya hubungan kedua-dua parti itu ada pasang surutnya. Walaupun pada peringkat awalnya, Tan Cheng Lock menentang UMNO dan menyokong Malayan Union tetapi selepas penubuhan MCA, Tan Cheng Lock dan MCA bekerjasama rapat dengan UMNO untuk memastikan British memberikan kemerdekaan kepada negara ini.



Tan Cheng Lock bersama-sama dengan Sambanthan, Presiden MIC dan Tunku Abdul Rahman terkenal menerusi 'perjanjian kontrak sosial' di atas kapal laut yang belayar ke England untuk merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.














Tolong ingat ye ... takde Melayu kerusi lu di Air Hitam terbang tau!!!



Kerajaan Barisan Nasional hari ini sebenarnya adalah Kerajaan Bumiputera berdasarkan jumlah kerusi yang dipegang oleh UMNO dan parti-parti Bumiputera Sabah serta Sarawak. MCA dan GERAKAN gagal pada PRU-13 lalu.



Namun hari ini, GERAKAN sudah pun menunjukkan iltizam untuk bekerja dan bangun kembali seperti yang dapat dilihat menerusi usaha mereka di Teluk Intan bersama-sama UMNO tetapi MCA masih gagal termasuklah ketika PRK DUN Kajang apabila lebih berlagak seperti taukeh besar, sepertimana yang dirungutkan oleh tenaga-tenaga kerja pilihanraya Barisan Nasional.



MCA masih lagi mahu jadi taukeh besar yang kerja arah2kan orang saja lagi ke????



SUMBER: http://ift.tt/1mjBelK

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog