Terus mara teroka ruang sokongan baru – Guan Eng


bendera dap

Roketkini.com





KUALA LUMPUR: Untuk menerajui politik baru, DAP akan mula meneroka ruang-ruang baru, di samping mengekalkan tapak sokongan asas parti pelbagai kaum itu.



Berucap dalam Sidang Pimpinan DAP di Cheras semalam, Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata, seluruh anggota perlu menunjukkan DAP adalah parti yang mewakili seluruh rakyat Malaysia, sebagaimana tujuan penubuhannya 48 tahun yang lalu.



“Anda ingin membuka tapak (sokongan) baru? Kita perlu tunjukkan bahawa kita bukan parti untuk satu kaum sahaja, atau untuk bukan Melayu sahaja. Kita parti untuk semua,” katanya ketika menyampaikan ucaptama semalam.



Oleh sebab itu, katanya lagi, pimpinan DAP mengambil keputusan berani meletakkan calon Melayu pada Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan sebelum ini, iaitu Dyana Sofya.



“Walaupun kita tewas, kita telah berjaya memenangi masyarakat dalam media sosia, malah masyarakat di seluruh negara, terutama golongan muda,” katanya lagi.



Mengulas lanjut, beliau menyeru seluruh hadirin – yang terdiri daripada pimpinan parti, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri – untuk sentiasa mendekati masyarakat Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak.



“Misalnya projek Impian Sarawak. Kita mengembangkan tapak dengan mendekati rakyat pedalaman di sana dengan pelbagai projek prasarana. Kita berjaya menangkap imaginasi ramai, terutama penyokong kita,” katanya lagi.



Namun pada masa sama, katanya lagi, DAP sama sekali tidak boleh mengabaikan penyokong tradisionalnya, iaitu masyarakat bukan-Melayu dan Melayu kelas pertengahan di bandar dengan tanggapan sokongan mereka berkekalan.



Beliau mengambil contoh keputusan PRK Teluk Intan, di mana peratusan undi masyarakat Cina merosot 15 peratus.



Idea baru keluar daripada zon selesa



Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Liew Chin Tong menyatakan harapan agar program itu mampu membuahkan idea baru bagi DAP untuk keluar daripada ‘zon tradisional’.



“Saya berharap pemukiman ini akan mampu menghasilkan idea baru untuk kita terus meluaskan sempadan (sokongan), bukan sekadar berundur ke tapak ‘tradisional’ kita.



Beliau mengimbas kembali pertanyaannya kepada Guan Eng dahulu, berhubung gaya politik tokoh DAP Lim Kit Siang.



“Saya tanya Guan Eng, bagaimana beliau melihat bapanya. Beliau menjawab – ‘Lim Kit Siang membuka tapak baru setiap hari.’ Saya yakin itulah yang sepatutnya menjadi tekad kita,” katanya lagi. -Roketkini.com





SUMBER: http://ift.tt/1p3IgR4

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog