PEMIMPIN DAP STEVEN SIM CHEE KEONG ‘BUTA’ SEJARAH




Sama ada gagal mata pelajaran sejarah atau tidak tahu sejarah, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong sebenarnya buta sejarah.



Majoriti di kalangan rakyat Malaysia tahu akan sumbangan dan jasa Kerajaan Perikatan yang diketuai Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam pembebasan Tanah Melayu daripada penjajahan tanpa pertumpahan darah pada tahun 1957.



Kebijaksanaan anak tempatan Melayu yang sayangkan agama, bangsa dan negara telah menguatkan lagi Tunku Abdul Rahman berunding dengan penjajah bagi mendapatkan kemerdekaan.



Kesediaan Perdana Menteri untuk berkongsi kuasa dengan kaum-kaum lain di Tanah Melayu membolehkan penjajah tiada keberatan untuk memberikan kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman.



Pembentukan Malaysia menerusi kemasukan Sabah dan Sarawak telah menguatkan lagi Persekutuan Malaysia untuk menjadi sebuah negara biarpun mendapat tentangan daripada Indonesia dan Filipina.



Apa pun yang telah berlaku itu suatu sejarah dan semua pihak termasuk di peringkat antarabangsa terpaksa akur dan menerima kenyataan bahawa kemerdekaan yang dicapai pada hari ini adalah hasil sumbangan kerajaan Perikatan atau ketika ini dikenali sebagai Barisan Nasional.



Sejarah adalah fakta sebenar, bukan rekaan yang boleh ditolak sesuka hati hanya kerana sesetengah pihak tidak suka dengan kejadian yang berlaku.



"Pahit ataupun tidak kita harus terima, kerana itu sejarah. Kita tidak boleh tukar sejarah yang berlaku dulu.



Ini ekoran tindakan Steven Sim Chee Keong yang meminta kerajaan BN berhenti menyebarkan propaganda politik melalui penyelewengan sejarah termasuk dalam sukatan pelajaran Sejarah di peringkat sekolah.



Khamis lepas, Steven yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAPsy Kebangsaan dilapor oleh portal berita Roketkini.com sebagai berkata kecaman terhadap Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said adalah usaha BN menutup sejarah asli negara bagi mencapai kepentingan politik sempit.



Sejarah juga tidak boleh diubah dengan penglibatan DAP dalam kejadian yang berlaku pada 13 Mei 1963 sehingga mengakibatkan rakyat kaum Melayu dan Cina mati dalam tragedi yang didukung DAP.





Ini tidak boleh dinafikan biarpun DAP menerusi Lim Guan Eng cuba menggunakan kuasanya untuk membatalkan penayangan filem Tanda Putera yang mengisahkan bagaimana DAP yang dikuasai kaum Cina telah menyemarakkan api perkauman sehingga tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei.





SUMBER: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2013/09/pemimpin-dap-steven-sim-chee-keong-buta.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog