KEKAL TIMBALAN PRESIDEN, TETAP TAK LAYAK JADI MB!!!




Heh! IRONIK sungguh uak - puak Parti Khianati Rakyat ni. Apa gunanya Si Azmin tu berjaya kekalkan jawatan dia sebagai Timbalan Presiden PKR kalau tak diiktiraf?



Apa gunanya ahli diperingkat akar umbi pilih untuk kekalkan dia dijawatan tersebut jika pemimpin tertinggi parti tu anggap dia tak layak jadi Menteri Besar?



Walaupun Si Azmin tu dapat 22, 562 undi yang masih dianggap wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh sesetengah pihak, tapi dia tetap tak layak jadi MB.



Jika sebelum ini, PAS tampil dengan keputusan agar PKR turut mencalonkan Si Azmin ni bagi jawatan Menteri Besar Selangor selain nama Wan Azizah.



Namun cadangan yang dikemukakan oleh PKR tu ditolak mentah - mentah tanpa sebarang perbincangan yang khusus. PKR tetap juga mahu menghantar nama Wan Azizah.



Bagi PKR, pencalonan Wan Azizah sebagai calon Tunggal bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor adalah muktamad dan tak perlu dibincangkan.



Tidak ada nama lain yang akan dicalonkan termasuk nama Si Azmin Ali tu sendiri. Alasan yang diberikan ialah sebab kedudukan Azmin sebagai Timbalan Presiden.



Dalam erti kata lainnya, walaupun Si Azmin tu jadi Timbalan Presiden, dia masih dianggap tidak setaraf dengan Wan Azizah sebab Wan Azizah merupakan Presiden parti.



Hakikatnya, Si Azmin tu yang lebih layak menjawat jawatan sebagai MB Selangor bukan sahaja sebab dia seorang lelaki. Tapi dia juga turut menghadapi pemilihan parti.



Yang Si Wan Azizah tu kekal jadi Presiden sebab taktik kotor yang direncanakan oleh Si Ketua Penipu tu. Si Wan Azizah tu jadi Presiden bukan sebab dipilih oleh ahli.



Persoalan yang masih belum dijelaskan oleh PKR sehingga hari ini ialah kenapa nama Si Wan Azizah tu sahaja yang nak dihantar kepada istana? (Klik Sini )



Kenapa nama Si Azmin ni disingkirkan tanpa sebarang sebab musabab yang munasabah? Kalau setakat bagi alasan yang tunggul kayu je boleh terima buat apa? Tak mendatangkan faedah lansung!!!





SUMBER: http://ift.tt/1BF0yhI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog