Pengumuman pimpinan baru fokus utama Kongres Nasional KEADILAN

Oleh Sunarti Yusoff



KUALA LUMPUR: KEADILAN akan menganjurkan Kongres Nasional Tahunan 2014 selama tiga hari bermula 22 Ogos ini bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.



Kongres dijangka akan padat dengan pelbagai agenda yang diatur oleh anggota parti yang hadir.



black logo-01-01 Melalui agenda utamanya, iaitu pengumuman pimpinan baru, kongres kali ini dijangka akan menerima lebih 3,000 perwakilan dan pemerhati daripada wakil-wakil di peringkat



Cabang, Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Angkatan Muda KEADILAN, Wanita dan angota-angota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).



Tirai persidangan akan dimulakan dengan Kongres AMK yang akan diadakan di Dewan Bankuet MBSA pada Jumaat, dan akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.



Pada Sabtu 23 Ogos, kongres dimulakan dengan ucapan aluan oleh Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang kemudiannya diikuti oleh ucapan dasar oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kemudiannya akan merasmikan kongres.



Progran seterusnya diteruskan dengan pemilihan bagi jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, serta pemilihan dua pemeriksa kira-kira.



Menurut Pengarah Kongres, Abdul Hadi Suhaimi, semua pemerhati jemputan, wakil kedutaan asing dari pelbagai negara, wakil parti gabungan Pakatan Rakyat dan ahli badan bukan kerajaan (NGO), dijemput hadir.



“Seramai 800 pemerhati daripada 1,500 telah mengesahkan kehadiran mereka setakat ini.



“Semua diplomat asing terutama dari United Kingdom, Jerman, Filipina, Singapura, Sri Lanka, India dan negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi dijemput hadir dan seramai 10 orang daripadanya telah mengesahkan kehadiran.



“Untuk NGO pula, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) juga telah mengesahkan kehadiran dengan diwakili oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),” katanya kepada Keadilan Daily.



Selain ucapan dasar Presiden, kongres kali ini turut membahaskan isu-isu semasa di dalam dan luar negara seperti isu MH17 dan MH370, isu keselamatan Sabah dan penindasan umat Islam di Gaza.



SUMBER: http://ift.tt/1rm0wJf

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog