Umno adalah parti tunjang kerajaan, bukan sahaja di Sabah malah di negara ini. Untuk itu, semua ahli parti itu dimohon untuk memperkukuh parti itu di semua peringkat. Satu cara memperkukuhkan parti adalah melalui gerak kerja yang bersepadu dan berpasukan. Itulah intipati ucapan Ketua Bahagian Umno Kota Belud yang mengadakan mesyuarat pada Sabtu di Kota Belud yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Umno negeri.
Apabila sestiap ahli saling bergading bahu, berjalan seiring, sesuai dengan tema persidangan itu, maka perasaan kekitaan dalam parti akan semakin menebal; apabila perasaan semakin menebal, maka di situlah roh perjuangan akan tercetus. Roh perjuangan yang kental adalah satu prasyarat agar parti kekal kini dan selamanya.
Tiada cara lain memperkukuhkan parti, melainkan jika semua peringkat saling membantu tidak kiralah mereka yang berjawatan mahu ahli biasa; yang paling mustahak adalah menjaga parti agar parti dapat membela bangsa, agama dan tanah air.
Parti yang telah mengalami pahit maung sejak penubuhannya tahun 1946, memperjuangkan kemerdekaan, mengisi kemerdekaan, perlu terus disuntik dengan semangat yang kental, perlu dibantu dengan idea yang bernas. Idea yang bernas adalah daripada ahli-ahli yang mahu terus parti kekal relevan sepanjang masa.
Melalui kesepakatan dalam persamaan, dan mengambil iktibar daripada perbezaan, merupakan satu kaedah, untuk mengukuhkan parti agar supaya tiada yang merasa dipinggirkan, melainkan semua merasa dalam keadaan menang-menang.
Dalam perakhiran ucapannya, Ketua Bahagian- Datuk Salleh Tun Said mengharapkan agar Umno Kota Belud terus kuat sesuai dengan jolokan Anak Sulung Umno Sabah.
SUMBER: http://ift.tt/1nZr76J
0 comments:
Post a Comment