Haduyai!!! Tak habis - habis dengan penyakit puak - puak Parti Khianati Rakyat ni rupanya. Kalau sebelum ni, orang cerita pasal cerita Kongres Wanita diboikot.
Kali ini tiba giliran geng - geng Anak Muda Kecoh pulak yang mula buat kacau. Makin pening la kepala Si Ketua Penipu tu dibuatnya. Mau meroyan je kerja dia tak sudah - sudah.
Dengar kata, sewaktu Kongres Tahunan AMK semalam berlaku kekecohan apabila 9 orang barisan Exconya telah mengangkat kaki dan terus keluar dewan.
Tindakan tersebut dilakukan sebagai tanda protes dan usaha untuk memboikot Ketua mereka yang baru yang juga merupakan Timbalan Speaker DUN Selangor tu.
Dilaporkan, semua 9 orang Exco tersebut bertindak sedemikian kerana mereka merupakan anggota yang menyokong lawan terhadap Si Nik Nazmi tu sebelum ini.
Apabila ditanya mengenai tindakan yang dilakukan oleh mereka, salah seorang wakil dari kumpulan 9 tu memberikan jawapan seperti berikut;
“Kita rasa ada sedikit kemusykilan di cabang Pensiangan Sabah yang mana ada sedikit penipuan di sana. Bantahan telah dibuat tetapi tidak diambil kira.
“Sepatutnya dibatalkan tetapi diterima semula kerana untuk memenangkan seseorang,” dakwa seorang daripada exco berkenaan ketika ditemui di luar auditorium.
Nah!!! Itu membuktikan bahawa PKR ni masih lagi mengalami isu dalam proses pemilihan parti sebelum ini. Itu menunjukkan yang kemelut kepimpinan mereka belum selesai.
Tapi apa yang menghairankan, biarpun isu tersebut telah pun dilaporkan kepada pihak JPP, kenapa keputusan muktamad masih lagi diumum secara terang - terangan?
Sepatutnya, jika benar PKR menjadikan INTEGRITI sebagai asas perjuangan mereka, maka tindakan sedemikian tidak wajar dilakukan secara terbuka.
Sebaliknya mereka perlu menunggu sehingga laporan serta aduan yang dibuat selesai disiasat oleh Lembaga Disiplin dan baru boleh dibuat keputusan mengenainya.
Namun, memandangkan PKR ni merupakan parti yang memang tak ada istilah INTEGRITI, jadi tak heran la kalau perkara sedemikian boleh berlaku!!! Ahli Parlimen diorang pun boleh menang dengan menabur fitnah. Inikan pulak setakat MENIPU dalam pemilihan!!!
SUMBER: http://ift.tt/1rr3BYs
0 comments:
Post a Comment