AGAMA BUKAN JADI ISU DI SABAH

Oleh SSK






Nampaknya isu hudud antara DAP dan Pas semakin memuncak dan mengancam memecah belah pakatan pembangkang, khususnya Pakatan Rakyat. PAS berkeras untuk mengajukan pembentangan undang-undang Hudud yang dicadangkan manakala DAP telah memberi amaran bahawa jika PAS benar-benar berbuat demikian maka ia seolah-olah membayangkan era Pakatan Rakyat akan berakhir.



Apakah mesej kemelut ini? Pada dasarnya ia memperjelaskan bahawa kerajaan negeri Kelantan mempunyai kuasa terhad dan tidak boleh berbuat apa-apa melainkan Parlimen meluluskan pelaksanaan Hudud di Kelantan. Ini bermakna perkara berkaitan agama terletak di bawah bidang kuasa negeri namun negeri-negeri di negara ini perlu mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh melanggar atau (meluluskan undang-undang) bercanggah dengan Perlembagaan.



Ini juga bermakna isu-isu Sabah yang membabitkan agama terikat dengan undang-undang negeri Sabah yang turut dihadkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sabah tidak boleh sesuka hati meluluskan sebarang peraturan baru mengenai agama tanpa mengambil kira undang-undang negeri dan Perlembagaan Persekutuan.



Situasi di Sabah tidak sama dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Di Sabah, rakyatnya telah mengamalkan konsep 1Malaysia sekian lama sebelum istilah itu diwujudkan. Mungkin belum ada lagi perkataan atau konsep seumpama itu di Sabah pada ketika itu tetapi semangat 1Malaysia sudah lama wujud di kalangan rakyat Sabah.



Orang-orang Kristian atau bukan Islam di Sabah menyakinkan bahawa arena politik, sama seperti isu perkauman, tidak pernah dijadikan senjata politik bagi parti-parti yang bertanding untuk mendapatkan kuasa. Mana-mana parti politik yang menggunakan isu bangsa dan agama untuk meraih sokongan akan ditolak oleh pengundi. Sebab itu, gaya politik Semenanjung tidak dialu-alukan atau tidak diterima oleh masyarakat kita di Sabah.







SUMBER: http://ift.tt/1w0IPMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog