Kehilangan #MH370 Satu Konspirasi - Bila Ketua Polis Negara Nak Tangkap Mahathir?

Selain daripada Sharifah Sofea yang gemar mengulas tentang kehilangan MH370, kita juga ada tokoh pemimpin terkenal di Malaysia iaitu Mahathir Mohammed. Berbeza dari Sharifah Sofea, penulisan Mahathir lebih seronok dibaca dan dikaji sebab menimbulkan persoalan yang munasabah untuk kita fikirkan bersama.


Baca : Sharifah Sofea kantoi part 1


Baca : Sharifah Sofea kantoi part 2

Cuba kau tengok petikan ini ;


















Kesemua karangan di atas dipetik dari blog Chedet dalam beberapa artikel yang berlainan.



Mahathir banyak mengulas tentang kehilangan MH370. Semua penulisan Mahathir tentang MH370 tidak hanya dibaca oleh aku bahkan ribuan pengguna internet yang lain. Oleh kerana ianya ditulis dalam bahasa English maka sasaran pembaca tidak terhad kepada rakyat Malaysia semata-mata. Cuba fikir kenapa Mahathir menulis dalam English dan kepada siapa Mahathir mahu point dia diperdengarkan?



Dan jika kau ikuti point-point Mahathir tentang kehilangan pesawat MH370 kau akan nampak bahawa ;



- Mahathir memberikan gambaran bahawa ianya mustahil untuk MH370 hilang tanpa dikesan melainkan ada sesuatu telah dilakukan ke atas MH370. Sistem komunikasi dan pesawat itu sendiri.



- Mahathir juga pernah mengatakan mungkin pesawat itu ada di mana-mana tanpa logo MAS.



- Ianya juga satu persoalan untuk BOEING bersikap diam diri dalam kehilangan MH370.



- BOEING juga enggan membuktikan bahawa sistem komunikasi dalam pesawat tersebut boleh terputus terus tanpa dikesan oleh sistem dan satelit.



- Mahathir juga pernah menyuarakan bahawa pesawat MH370 boleh dikawal oleh orang lain secara jarak jauh. Maksudnya ada sistem yang boleh mengambil alih pesawat tersebut andaikata dihijack. Tetapi tak semestinya kita activatekan sistem itu ketika pesawat dihijack semata-mata. Dengan sistem yang sama ianya juga boleh bertukar dengan menjadikan kita yang hijack pesawat tersebut secara jarak jauh.



Dengan semua persoalan-persoalan ini yang berlegar-legar di blog Mahathir dalam beberapa artikel yang berlainan, yang mengikutinya dengan rapat seperti aku yang tak terlepas walau satu artikel Mahathir tentang misteri kehilangan MH370 sebab aku tertarik dengan cara Mahathir menghuraikan persoalan-persoalan berkenaan, maka tidak kah ia secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa Mahathir juga menyakini dan menyakinkan pembacanya bahawa terdapat sesuatu misteri seperti ada konspirasi disebalik kehilangan MH370?


Kenapa Ketua Polis Negara tak arah siasat Mahathir dan artikel penulisannya di blog?





Kenapa KPN beria-ria nak siasat Fazel?


Fazel tak salah. Fazel dan ribuan rakyat Malaysia di luar sana juga fikir macam apa yang dia fikir.



Keluarga juga menunggu bukti bahawa MH370 benar-benar terhempas. Bukan mereka tidak mahu menerima kematian ahli keluarga. Jangan salah faham. Tetapi untuk kau cakap seseorang mati tanpa bukti mayat, tanpa kita nampak bangkai pesawat MH370, tanpa kita dapat apa-apa bukti bagi menguatkan kesimpulan kita, kau fikir orang akan telan bulat-bulat?



Sudah tentu la tidak.



Jadi apa yang aneh dan pelik untuk Fazel mengatakan kehilangan MH370 ialah satu konspirasi apatah lagi seorang ahli politik tersohor di negara ini, bekas perdana menteri Malaysia, memimpin negara ini selama 22 tahun lamanya juga memberikan gambaran yang lebih kurang serupa menerusi artikel penulisannya di blog?



Mulut gatal?



Kalau betul la KPN sungguh2 mahu mengatakan semua pihak yang beranggapan kehilangan MH370 sangat misteri dan seolah ada konspirasi disebaliknya, sebagai mulut gatal dan mahu menyiasat mereka disebabkan kenyataan tersebut maka sila la siasat Mahathir laju-laju. Jangan hanya tahu buli Fazel sahaja. Mentang2la dia bukan kroni sesiapa, sedara sesiapa, bukan ahli politik, bukan pula orang kaya, kerabat diraja mahupun ahli VVIP laju2 plak KPN nak siasat.



Ini adil ke neh?



Ini kau kata polis DIRAJA Malaysia ke apa neh?



Come on la. Do something yang boleh buat orang respect korang la. Jangan buat sesuatu yang downgraded level kau tetapi harapkan rakyat untuk hormat kau disebabkan uniform kau tue. Kau ingat kita orang neh semua LEMBU ke apa?



Fikir-fikirkan.



Baca blog Mahathir disini.



SUMBER: http://ift.tt/1z4Njln

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog