DAP Sarawak membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyeru orang Melayu memboikot perniagaan kaum Cina.
Hanya kerana meminta rakyat Malaysia terutama orang Melayu memboikot perniagaan dan peniaga Cina menyebabkan DAP mengkritik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai rasis.
Laporan polis itu dibuat oleh ADUN Padungan Wong King Wei di Pusat Sehenti Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching, Simpang Tiga di sini dengan diiringi ADUN Pending Violet Yong, ADUN Batu Kawah Christina Chiew dan Ahli Parlimen Stampin Julian Tan.
Menurut Wong, kata-kata menteri UMNO itu telah menimbulkan ketegangan dan ketidakharmonian antara kaum di negara ini, terutama antara kaum Melayu dan Cina.
Wong menegaskan undang-undang negara ini tidak mengizinkan sesiapa cuba meruntuhkan hubungan harmoni antara kaum yang telah dicapai selama ini.
Persoalan di sini, bagaimana pula dengan beberapa pemimpin DAP Cina yang tidak sensitif dengan Islam dan Melayu dalam kebanyakan perkara khususnya dalam membabitkan halal dan haram dalam makanan Islam?
Ismail Sabri melalui laman Facebook baru-baru ini menasihatkan pengguna Melayu memboikot perniagaan kaum Cina supaya memberi tekanan harga barang di pasaran jatuh.
“Maaf saya beri pandangan, selain KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga barang tanpa sebab munasabah, kuasa terbesar ada pada pengguna.
“Majoriti pengguna adalah Melayu, Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, tentu mereka tiada pilihan untuk turunkan harga barang,” kata Ismail Sabri dalam laman Facebook itu.
Beliau juga mempersoalkan sikap pengguna Melayu yang masih makan di kedai milik kaum Cina yang diragui status halalnya walaupun terdapat banyak restoran Melayu yang lain.
Ismail Sabri memberi contoh restoran kopitiam Old Town White Coffee yang didakwanya dimiliki pe-mimpin DAP.
“Lihat sahaja Old Town White Coffee, diragui baru-baru ini. Tapi masih orang Melayu gagal untuk boikot.
“Lebih-lebih lagi pemilik-nya dikatakan Ngeh, keluarga DAP Perak yang terkenal anti-Islam,” katanya merujuk Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham.
“Selagi Melayu tidak ber-ubah, selagi itu Cina ambil kesempatan untuk tindas Melayu,” kata Ismail Sabri.
SUMBER: http://ift.tt/16u3v95
0 comments:
Post a Comment