FADILLAH YUSOF: TIADA BAYARAN TOL DI LEBUH RAYA PAN BORNEO




Kerajaan Persekutuan dan pihak swasta bersetuju bahawa tiada sebarang bayaran tol akan dikenakan kepada setiap kenderaan yang melalui Lebuh Raya Pan Borneo di negeri ini biarpun ia dibangunkan secara usahasama antara kerajaan dan pihak swasta.



Perkara itu ditegaskan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang memberi jaminan itu ekoran sudah mendapat persetujuan bersama menerusi pendekatan kaedah baharu pelaksanaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak.



“Apa yang kita bincangkan bersama pihak swasta, tiada tol dikenakan dan sebagai permulaan usahasama ini, pada penghujung Mac nanti kita akan laksanakan naik taraf bagi jalan di Simpang Nyabau hingga Simpang Bakun sepanjang 45 kilometer kepada empat lorong dua hala,” ujarnya.



Begitupun, Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah, Fadillah memberitahu bayaran tol masih belum dimuktamadkan kerana masih dalam perbincangan.



Beliau berkata, sebahagian besar projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo akan dibiayai oleh pihak swasta.



“Pelaksanaan keseluruhan dalam perancangan kita kalau semua berjalan lancar dijangka akan disiapkan pada 2022 dengan kos keseluruhan sebanyak RM14.5 bilion, majoriti dibiayai pihak swasta,” jelasnya.



Bagaimanapun, katanya, sebahagian daripada projek itu masih dilaksanakan menerusi kaedah lama iaitu ditanggung kerajaan melibatkan 22 laluan memotong yang akan dilaksanakan Mac nanti dan siap pada penghujung tahun ini.



Mengenai perkembangan harga bahan binaan ekoran penurunan harga minyak, Fadillah menjelaskan dijangka bahan binaan keluaran tempatan akan menurun sebanyak 10 peratus hasil kajian yang dijalankan oleh CIDB.



“Namun, bagi harga bahan binaan yang diimport pula ada yang turun dan naik kerana disebabkan faktor penurunan nilai ringgit,” ujarnya.





Ini ialah komitmen kerajaan dalam memastikan setiap rakyat di Sarawak yang menggunakan kemudahan lebuh raya Pan Borneo sentiasa dijaga.





SUMBER: http://ift.tt/1zHuRTr

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog