Wahai anak muda! Jangan tertipu ... Beri keadilan pada Saiful




Salam 2 all.



Khas utk para mahasiswa, para belia, anak2 muda & penyokong taksub Anwar & pembangkang!



Ikuti kupasan 7 fakta mengapa Anwar wajib tidak disokong, malah wajib dihukum dan disumbat dalam penjara!



(Layari blog zul4kulim utk kupasan penuh)

.....






Dan rumusannya:



Anak-anak muda, para mahasiswa, para belia dan penyokong taksub pro-Anwar dan kumpulan pro-pembangkang sepatutnya menggunakan akal fikiran untuk menimbang segala dakwaan dan tohmahan pembangkang.



Janganlah diperlekeh akal fikiran yang Allah berikan.



Yang membezakan kita dengan haiwan ialah akal. Janganlah sama-tarafkan diri kita setaraf dengan haiwan yang hanya bertindak mengikut nafsu dan emosi tanpa menggunakan akal.












Sebenarnya kes Saiful ini adalah kes peribadi melibatkan Anwar Ibrahim dan pembantunya Saiful Bukhari. Ia adalah kes aduan seorang kakitangan yang mengadu majikannya telah meliwat beliau.





Dalam bahasa hak asasi manusia, ini adalah aduan kes pencabulan seksual oleh seorang majikan terhadap kakitangannya. Dinegara barat, ini adalah suatu kes yang serius dan boleh dikenakan hukuman berat!



Takkanlah kita nak percaya tohmahan kumpulan pro-pembangkang bahawa Najib terlibat!



Cuba tanya akal kita sendiri, menasabah kah untuk Najib terlibat?






Bagaimana caranya Najib mendapatkan sampel airmani Anwar? Bagaimana Najib memasukkan sampel airmani itu kedalam dubur Saiful? Perlu diingat DNA yang ditemui didalam dubur Saiful dan disahkan oleh pakar kimia, forensik dan perubatan iailah DNA bersumberkan airmani Anwar!



Takkanlah Najib yang memerangkap Anwar? Adakah Najib memerangkap Anwar supaya meliwat Saiful? Logik kah tohmahan itu?



Apa yang penting ialah kita memberikan ruang dan peluang kepada kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersidang untuk membuat keputusan dan penghakiman mereka.
























Anwar telah diberi peluang seluas-luasnya untuk mengemukakan hujah dihadapan Mahkamah Persekutuan.



Anwar diwakili oleh berbelas peguam, diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan seorang peguam veteran Datuk Gopal Sri Ram, selain anak-anak mendiang Karpal Singh iaitu Gobind Singh Deo, Ram Karpal Singh, Jagdeep Singh, selain daripada beberapa peguam kanan dan senior yang lain.



Mereka diberi ruang dan peluang secukupnya, malah berlebih-lebihan, untuk mengemukakan hujah mereka.



Kini benarkan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan ini membuat keputusan dan penghakiman mereka tanpa sebarang tekanan, desakan atau ugutan.



Jangan dipolitikkan kes ini. Ini bukan kes politik. Ini kes jenayah melibatkan seorang majikan yang didakwa meliwat kakitangannya!



Apa juga keputusan Mahkamah Persekutuan hendaklah kita hormati dan terima. Walaupun saya memberikan hujah panjang lebar diatas, namun kata pemutusnya adalah ditangan Mahkamah dan Hakim-Hakim yang arif lagi bijaksana ini.



Kalau ditakdirkan mereka membuat keputusan menerima rayuan Anwar dan membebaskan dia, saya perlu akur menerima dan menghormatinya, walaupun saya mungkin tidak setuju.



Dan jika Mahkamah menolak rayuan Anwar dan menjatuhkan hukuman penjara samada 5 tahun atau lebih, maka itu pun kita wajib menerima dan menghormatinya walaupun kita mungkin tidak bersetuju.



Ingatlah, keadilan bukan sahaja untuk Anwar, tetapi juga untuk Saiful.



Dan yang lebih penting, keadilan adalah untuk kebenaran, insyallah!



Hormati Hakim-Hakim, institusi Mahkamah & keluhuran Undang-Undang Negara!



Yang baik datang daripada Allah, sebarang kelemahan atau kesilapan adalah daripada saya sendiri, dan kepada Allah kita mohon pengampunan.



Wallahua'lam dan Wassalam.



Adios amigos, grasias senor!



Zulkifli Bin Noordin

Sabtu

17 Rabi'ul Akhir 1436

07 Feb 2015









SUMBER: http://ift.tt/16JfXlt

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog