Artikel sebelum ini (KLiK ) saya menyentuh sedikit tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan alhamdulillah hasil respon pembaca yang saya percaya ramai terdiri dari warga pendidik ( kalau mengikut feel komen2 mereka ), sedikit sebanyak mampu membuat kita lebih memahami kenapa PBS ini mendapat reaksi negatif dan bantahan sehingga memaksa Menteri Pendidikan mengambil keputusan untuk mengkajinya semula.
Saya ambil satu komen yang diterima untuk dikongsi bersama supaya kita sama2 faham bantahan dari warga pendidik bukan bermakna mereka malas, atau jenis yang suka mengengkari arahan ketua atau lebih teruk lagi, dakwaan kononnya yang membantah itu semuanya penyokong pembangkang !
Cuba tolak tepi dulu persepsi negatif dan nilaikan hujah mereka secara rasional. Bukan siapa yang bercakap yang perlu dipertikaikan tapi APA yang mereka cakapkan yang perlu diberi perhatian.
( Perlu sentiasa diperingatkan, yang membantah tidak semestinya pembangkang !)
Sistem ini lebih banyak contra dari pro. Antaranya:
1. Penggunaan Band (band 1-6) menggantikan gred peperiksaan (A-F) sebenarnya mewujudkan grey area yg sangat besar bukan sahaja kepada parents tetapi juga kepada murid itu sendiri.
Ini kerana cara penilaian pelajar tidak menggunakan satu kayu ukur standard seperti peperiksaan. Ini menyebabkan pelajar2 dari kelas corot boleh dapat band 5 walaupun kaedah mereka dinilai tidak sama seperti pelajar pintar yang dapat band 5 !
2. Sistem tanpa peperiksaan ini menyebabkan pelajar yang malas belajar bertambah malas dan pelajar yang nak belajar hilang motivasi kerana guru perlu menilai pelajar mengikut tahap masing2. Kalau 1st test gagal, guru mesti buat lagi test lain sampai pelajar itu lulus tak kiralah berapa banyak test pun janji lulus. Jadi kemungkinan guru perlu merendahkan tahap ujian hanya semata2 untuk memenuhi level pelajar tersebut.
SEPATUTNYA pelajar yang perlu berusaha untuk mencapai tahap yang dikehendaki, bukannya kita merosakkan sistem untuk mengikut rentak pelajar.
3. Beban kerja yang melampau kepada guru sehingga menjejaskan P&P. Katalah satu kelas ada 35 orang, maksudnya guru perlu menyediakan 35 evidence untuk kelas tersebut, darab la dengan berapa kelas yang guru tersebut mengajar..beratus2 evidence nak kena siapkan. Bayangkan betapa banyak masa yang terpaksa digunakan hanya untuk melakukan kerja2 pengkeranian seperti mencetak soalan, kerja2 memfail dan memasukkan data ke dalam sistem !
Ya, ada yang kata sistem peperiksaan yang diamalkan sekarang hanya menumpukan usaha kepada murid2 yang pandai sahaja dimana keutamaan adalah kepada bilangan pelajar yang mendapat bilangan A terbanyak dan kesannya, pelajar yang lemah diabaikan.
Setiap kali keputusan peperiksaan utama diumumkan, berita yang menjadi tumpuan adalah sekolah mana yang mendapat A teramai dan negeri mana yang terbaik pencapaiannya, jadi tumpuan khas diberikan kepada mereka yang dilihat berpotensi untuk menaikkan nama sekolah/negeri melalui pencapaian A terbanyak ..... nah, ini salah sistem atau salah pentadbir ?
Saya sering merujuk kepada KEPALA dalam sebarang permasalahan dan begitu juga dalam kes ini. Kalau KEPALA tidak mementingkan sekolah atau negeri mana yang pelajarnya mendapat A terbanyak, apakah pihak sekolah akan jadikan kriteris itu sebagai keutamaan ?
Kenapa tidak diterbalikkan ? Maksud saya, kenapa tidak KEPALA hanya mengutamakan statistik berapa ramai yang GAGAL ! ? Dan media pula hanya menghebahkan sekolah dan negeri mana yang mempunyai peratusan bilangan pelajar teramai yang GAGAL.
Baru kita tengok apakah pihak sekolah akan berusaha mahu merebut gelaran Juara itu atau berusaha supaya tidak dinobatkan sebagai Juara ....
Macam kes DEB juga ..... hampir semua bersetuju yang DEB itu bagus cuma pelaksanaannya saja yang lemah. Jadi DEB tidak perlu dihapuskan, hanya perbetulkan pelaksananya.
Tapi apa yang kita dengar adalah kritikan2 dan tuntutan yang mahu DEB dihapuskan, DEB pula yang perlu dihukum bukannya pelaksananya yang cuai.
Samalah juga kes pendidikan ini ...... sistem yang digunakan selama ini tidak salah tapi kenapa sistem itu pula yang dihukum ?
Oya, negara mana yang boleh dijadikan contoh kepada keberkesanan sistem PBS ini supaya dapat kita jadikan perbandingan ?
NAMUN tidak salah jika kita mahu memperbaiki dan memperkemaskan sistem yang ada. Cuma biarlah mereka yang benar2 pakar dan faham saja yang terlibat. Pemimpin2 kerajaan jangan pula nak berlagak pandai dalam semua hal tanpa memperdulikan pandangan mereka yang terlibat.
Ya, memang terdapat guru2 yang cuai dalam tugas tapi saya percaya bilangan mereka tidak ramai. Itu masalah disiplin dan boleh ditangani jika pentadbir telus dan ikhlas. Mana mungkin dalam ratusan ribu warga pendidik tidak ada yang senget.
Nak pelajar bagus, cemerlang akademik, sahsiah dan segala bagai tapi hati dan perasaan guru2 langsung tak diambil peduli dan dijaga. Macam mana guru2 nak mengajar dengan gembira jika emosi mereka tertekan dan terbeban disebabkan sistem yang tidak sempurna gara2 sikap culas dan pentingkan diri para pembuat dasar/keputusan ?
Diharap kemelut ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.
PS - Kenapa hati ini berat mengatakan yang tidak lama lagi akan keluar satu kenyataan pengumuman PROJEK menaiktaraf sistem internet seluruh negara supaya dapat mengisi keperluan PBS ..... dan nilainya ratus2 juta RM ..... dan ia perlu disegerakan.
PS 2 - Saya copy satu lagi komen terbaru yang saya terima di artikel sebelum ini -
Aku setuju ngan PBS. Aku cuma tak setuju guru dikulikan untuk melakukan tugasan-tugasan yang tidak munasabah selain P & P. Kembalikan guru kepada tugas hakiki mendidik dan mengajar. Biarlah kerja-kerja tambahan diserahkan kepada staf yang dilantik khas dan staf tersebut mestilah ditempatkan di setiap sekolah. Kita tak mau anak-anak kita terjejas pembelajarannya kerana guru-guru penat mengadap komputer sehingga larut malam.
Idea yang cantik seharusnya datang dengan perlaksanaan yang cantik. PBS adalah satu cara untuk membuka minda murid bahawa gerbang ilmu itu sebenarnya lebih luas dari sebuah buku teks. Murid yang corot masih ada nilai tersembunyi yang dinamakan bakat terpendam. Bakat inilah yang perlu dicungkil dan diasah di peringkat rendah lagi. Suatu hari nanti diharapkan Malaysia akan melahirkan ramai graduan yang mempunyai x- factor bagi mengurangkan masalah pengangguran. X-factor itu dibentuk dan dibina hasil daripada bimbingan berterusan guru-guru dari sekolah rendah hingga menengah.
Baca juga komen2 lain disana terutamanya komen dari saudara Esa Adam, yang terlalu panjang untuk saya copy di sini.
SUMBER: http://ift.tt/1bruYKC
0 comments:
Post a Comment