Oleh : NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM: Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) didapati gagal bersaing disebabkan kebanyakan harga barangan yang ditawarkan kedai serbaneka terbabit tidak kompetitif dengan pesaing lain.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, kegagalan itu disumbangkan wang RM40 juta yang diperuntukkan tahun ini kepada projek KR1M tidak disalurkan bagi membantu menurunkan harga barangan yang dijual, sebaliknya dilaburkan untuk membuka lebih banyak cawangan kedai berkenaan.
“Tahun ini, peruntukan RM40 juta diberikan untuk menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kerana kononnya KR1M adalah jawapan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat tetapi Barisan Nasional (BN) tidak memperuntukan satu sen pun untuk menurunkan harga barang yang dijual di kedia itu.
“Keseluruhan peruntukan RM40 juta itu adalah untuk ubah suai kedai untuk dijadikan KR1M. Jadi, sebab itu KR1M tidak ada kesan langsung untuk meringankan kos sara hidup rakyat tetapi lebih banyak memberi manfaat kepada mereka yang berada di belakangnya yang saya difahamkan banyak membabitkan pasaraya Mydin.
“Keadaan ini seperti memberi satu lagi jalan kepada pihak swasta bagi mendapat wang daripada kerajaan untuk membuka KR1M, namun tidak beri kesan positif kepada kehidupan rakyat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.
Katanya, kerajaan harus peka dengan mengambil langkah drastik dan menyediakan barangan yang mempunyai kualiti munasabah pada harga berpatutan di saat rakyat bergelut menanggung tekanan kos sara hidup yang semakin melonjak sejak kebelakangan ini.
“Seharusnya, pada masa ini BN kena bertindak bagaimana untuk menunaikan akujanji dalam manifesto mereka yang kononnya mahu bantu ringankan kos sara hidup rakyat tetapi masih tidak nampak langkah konkrit yang diambil,” katanya.
Beliau berkata, langkah mewujudkan lebih banyak cawangan KR1M seperti yang terkandung dalam manifesto tidak akan membantu meringankan kos sara hidup rakyat jika KR1M gagal menawarkan harga kompetetif berbanding pesaing lain.
Ketika menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, BN dalam manifestonya menyatakan akan menambah bilangan KR1M bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.-NFN-

SUMBER: http://ift.tt/1cELFk0
0 comments:
Post a Comment