BERITA YANG TAKKAN KELUAR DALAM HARAKAHDAILY!!!




Malaysia menerima pujian daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana pencapaiannya yang mengagumkan dalam membasmi kemiskinan sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.



Hari ini, Malaysia dianggap sebagai sebuah negara berpendapatan sederhanahujung tinggi bersama indeks pembangunan manusia yang tinggi.



Pelapor Khas PBB Hak Bagi Makanan Olivier De Schutter berkata antara 1995 dan 2012, insiden kemiskinan agregat rakyat Malaysia dikurangkan daripada 8.9 kepada 1.7 peratus dan kemiskinan bandar berkurang daripada 3.7 peratus kepada 1.0 peratus.



Kemiskinan luar bandar, satu kebimbangan utama pada satu ketika dahulu, berjaya dikurangkan daripada 15.3 peratus kepada 3.4 peratus.



“Jurang pendapatan di kalangan 13 buah negeri di Malaysia dan tiga Wilayah Persekutuan juga berkurang. Negeri termiskin, Sabah menyaksikan pengurangan ketara dalam kadar kemiskinan, dari 19.7 peratus pada 2009 kepada 6.1 peratus pada 2012.



“Bilangan mereka yang hidup dalam kemiskinan tegar, yang tidak dapat memenuhi keperluan makanan asas, telah berkurang daripada 0.7 peratus pada 2009 kepada 0.2 peratus pada 2012,” kata beliau dalam persidangan media mengakhiri lawatan beliau ke negara ini baru-baru ini.



Semasa lawatan sembilan hari beliau untuk menilai hak mendapat makanan di Malaysia, De Schutter berunding bersama beberapa kementerian dan mengadakan rundingan bersama masyarakat setempat.



Laporan De Schutter akan disampaikan pada 10 Mac, 2014 di Geneva, Switzerland kepada Majlis Hak Asasi Manusia dengan 47-anggota itu.



Beliau berkata sejak 1970 ekonomi negara menyaksikan transformasi daripada sebuah negara pertanian kepada sebuah ekonomi pelbagai dengan sektor perkilangan dan khidmat muncul sebagai sektor dominan.



“Pertanian, yang mewakili lebih daripada 20 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 1985, berkurang kepada 7.3 peratus pada 2012, diatasi oleh sektor-sektor lain ekonomi termasuk khidmat (56.4 peratus), perkilangan (24.9 peratus) serta lombong dan kuari (8.4 peratus) KDNK.



“Dengan beralih daripada sebuah ekonomi berorientasi pertanian, Malaysia menyaksikan pertumbuhan pesat dalam urbanisasi, iaitu antara 1970 dan 2010 bilangan mereka yang tinggal di kawasan bandar meningkat daripada 27 peratus kepada 71 peratus,” katanya.





SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/12/berita-yang-takkan-keluar-dalam.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog