JANGAN DIBUAT CERITA YANG BUKAN - BUKAN!!!




Dunia hari ni orang mudah sangat nak buat persepsi dan andaian yang bukan - bukan tanpa menyemak sama ada ianya benar atau pun tidak. Main percaya je ikut suka hati.



Semua khabar angin dan persepsi tu hanya menimbulkan kecelaruan dan keadaan huru hara. Perkara yang sama diaplikasikan oleh Pakatan Haramjadah tu selama hari ini.



Jadi, jangan la kita pun terjebak dengan benda yang sama. Tak payah la kita nak sebarkan cerita yang bukan - bukan kalau tak nak jadi Haramjadah macam Pakatan tu. Tapi, nak ambik langkah berjaga - jaga tu tak jadi masalah. Cuma jangan melampau sangat!!!


Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan ‘naik’ ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.



Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.



Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.

Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.




Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.








SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/12/jangan-dibuat-cerita-yang-bukan-bukan.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog