PKR PARTI PEROSAK BANGSA






Kelantangan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli seperti yang dipetik dari portal Malaysia Today antara lain menyebut, pemimpin yang meninggalkan parti itu dan kemudian menyertai parti lawan umpama kekotoran yang tidak ubah seperti najis.



Rafizi ketika itu menyebut, Thank you for sucking away our dirt yang dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tindakan pemimpin PKR, khususnya di Sabah yang mengumumkan keluar daripada parti itu.



Akibatnya, Rafizi telah dibidas oleh beberapa bekas pemimpin PKR yang selama ini telah tertipu dengan ajakan dan dakyah PKR dan Pakatan Pembangkang.



Menurut bekas ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi berkata, kegagalan PKR mempertahankan martabat Melayu ketika pembangkang memerintah Perak menjadi penyebab beliau meninggalkan PKR.



Malah, tegas Jamaluddin lagi, PKR bukan sebuah parti untuk Melayu berpayung kerana kepemimpinannya sanggup mempertaruhkan apa sahaja demi kuasa politik meskipun kedaulatan bangsa menjadi gadaian.



"Bagaimana saya nak terus bersama parti yang sanggup menggadaikan apa sahaja demi kuasa politik. PKR bukan sahaja tunduk kepada PAS pada ketika itu (selepas 2008) tetapi lebih mendukacitakan turut jadi tunggangan DAP.



"Jadi siapa sebenarnya kotor? Parti yang sanggup menggadaikan maruah Melayu semata-mata demi kuasa atau kami? Keputusan kami adalah disebabkan prinsip demi bangsa.





Mereka tidak mahu mengaku yang PKR sanggup menggadaikan apa sahaja demi politik sebaliknya menuduh saya dan seorang lagi bekas wakil rakyat PKR, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dibeli UMNO. Inilah wajah sebenar PKR.





SUMBER: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2013/12/pkr-parti-perosak-bangsa.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog