#PRKTelukIntan BENARKAH UiTM ITU MILIK UMNO?




Calon DAP di #PRKTelukIntan Dyana Sofya dengan tegas menyatakan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bukan milik UMNO atau BN.



Justeru, pelajarnya tidak perlu terikat kepada parti itu dalam pilihan raya.



Kenyataan pedas Sofya itu ternyata mengguris banyak pihak termasuk pengasas UiTM itu sendiri yang mana UiTM itu bukan dibina oleh mana-mana parti politik sebaliknya oleh kerajaan khususnya dalam membantu pelajar-pelajar Melayu di Semenanjung Malaysia dan Bumiputera Sabah dan Sarawak melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi.



Apakah Sofya tidak menyedari bahawa peluang beliau belajar di UiTM dahulu adalah atas tiket Melayu?



Memang benar UiTM itu bukan milik UMNO tetapi apakah beliau lupa bahawa kerajaan yang memerintah sekarang (BN) mempunyai hak ke atas universiti itu.



Sememangnya Dyana yang merupakan Setiausaha Politik Kepada Lim Kit Siang itu telah jauh menyimpang jauh yang mana sebaliknya mahu menyamaratakan kaum Melayu dengan kaum-kaum lain di Malaysia?



Apakah Dyana sedar akan kemajuan dan pencapaian kaum Melayu mahupun Bumiputera dalam ekonomi, pelajaran mahupun sosial?



Kenyataan Dyana bahawa pelajar sepatutnya bebas memilih pandangan dan pemikiran mereka sendiri, dan perlu diberi kebebasan untuk mengejar impian dan cita-cita mereka.



Ini merujuk kepada jalan yang Dyana pilih terutama menyertai DAP sehingga dilantik sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang dan kini sebagai calon DAP.



Terdahulu, Datuk Razali Ibrahim telah mencabar Dyana menegur tindakan pemimpin DAP yang sering mempersoal hak istimewa orang Melayu yang dipersetujui dalam kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan.





Katanya jika DAP sanggup mempersoal dasar UiTM yang mengutamakan pengambilan pelajar Melayu, mengapa parti itu tidak menyuruh Universiti Tunku Abdul Rahman yang didakwannya dimonopoli satu kaum bukan Melayu, ditutup.





SUMBER: http://ift.tt/1jvNvrN

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog