Tanya Bippa pada Mufti, mana prinsip keadilan dalam cukai GST?

KEADILAN DAILY




KUALA LUMPUR : Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim menggesa mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menerangkan tentang prinsip keadilan Islam dalam cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Tiada masalah jika cukai dikutip dengan cara yang betul, (tetapi) tidak munasabah sekiranya dikutip daripada orang miskin.

Ahmad Kassim

“Perlu guna prinsip keadilan di mana orang layak sahaja dikenakan kutipan cukai.



“Sebaliknya GST ini semua golongan kena bayar dan kita kena perbetulkan,” kata Ahmad Kassim kepada Keadilandaily.



Abdul Rahman dalam kenyataan seperti dilaporkan Bernama 2 Mei lalu menyatakan bahawa umat Islam di negara ini tidak boleh menyalahkan kerajaan kerana melaksanakan GST.



Malah, beliau turut menggalakkan orang ramai mengambil sikap membina dan membantu kerajaan dalam menyokong usaha tersebut.



Dalam pada itu tambah Ahmad Kassim, bantahan atau protes terhadap sesuatu isu adalah dibenarkan menurut pandangan sarjana Islam.



“Himpunan GST adalah himpunan aman yang dibenarkan untuk menyatakan bantahan terhadap ketidakadilan kerajaan.



“Mufti perlulah berlaku adil dalam membuat sesuatu keputusan dan jawapan,” kata Ahmad Kassim



SUMBER: http://ift.tt/1lT7b8i

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog