Di sebalik pengiktirafan majalah Global Finance kepada Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebagai antara ketua bank pusat terbaik dunia, sejarah yang menjadikan ekonomi negara ini antara yang terbaik di Asia Tenggara perlu dilihat kembali.
Sebelum mencapai kemerdekaan,perkembangan ekonomi negara ini banyak dipengaruhi oleh penjajah. Dasar ekonomi pada ketika itu dibuat bagi memberi keuntungan secara langsung kepada mereka dan tidak memberi keuntungan kepada rakyat . Semasa zaman pemerintahan Inggeris, perlombongan dan penanaman getah diperkenalkan . Pada tempoh ini, imigran Cina dibawa masuk untuk bekerja sebagai pelombong bijih timah, manakala imigran India sebagai pekerja ladang getah. Pada ketika itu getah dan bijih timah menjadi komoditi yang agak penting bagi penjajah dengan mengambil kira permintaan yang tinggi di pasaran. Hasil dalam negara dibawa keluar, namun perkembangan ekonomi dalam negara kekal statik dan taraf hidup majoriti rakyat masih di takuk yang lama.
Di awal era kemerdekaan, usaha yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan yang diketuai UMNO mula memperkenalkan rancangan pembangunan yang terancang dan teratur yang dipanggil Rancangan Pembangunan Ekonomi (RPE1) atau Rancangan Malaya Pertama (1956-1960). Selain itu, pada era ini juga ditubuhkan rancangan pembangunan tanah seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 1956 bertujuan mengatasi masalah kekurangan tanah serta membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup kaum petani. Pada tahun 1961, Rancangan Pembangunan Ekonomi 2 (RPE2) pula dilancarkan. Kedua-dua RPE hanya memberi tumpuan kepada sektor pertanian yang menjadi tunjang ekonomi Malaysia pada ketika itu.
Dasar ekonomi negara distrukturkan semula selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan percaya rusuhan kaum yang berlaku pada ketika itu berpunca dari ketidak seimbangan ekonomi antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera hasil dari kesinambungan dasar pecah dan perintah yang ditinggalkan penjajah. Oleh itu kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mengatasi masalah ini. Selepas itu, beberapa lagi dasar diperkenalkan untuk memantapkan lagi pertumbuhan ekonomi negara iaitu Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan lain-lain lagi. Dasar - dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan / Barisan Nasional ini telah berjaya mengekploitasikan kekayaan negara dan menarik pelaburan dari luar seterusnya memacu perkembangan ekonomi negara seperti yang kita lihat pada hari ini.
Selain itu, usaha yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman setelah lima bulan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku dengan penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) juga merupakan antara faktor penggerak dalam permulaan hubungan dagangan Malaaysia dengan negara-negara Islam yang lain. OIC dibentuk pada 25 September 1969 di Rabat, Morocco apabila pemimpin-pemimpin Islam sedunia berkumpul rentetan dari cubaan Zionis untuk membakar Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969. Penglibatan Malaysia secara tak langsung berkongsi pengalaman dengan negara-negara Islam yang lain tentang pentingnya kemuafakatan dalam menentang musuh-musuh Islam.
Pada tahun 1983, kerajaan Malaysia telah menubuhkan Bank Islam yang pertama yang melaksanakan sistem perbankan berlandaskan syariah. Strategi Malaysia dalam perlaksanakan perbankan Islam menjadikan sistem perbankan di negara ini berteraskan dwi sistem iaitu sistem perbankan Islam beroperasi selari dengan sistem perbankan konvensional. Malaysia merupakan negara tunggal OIC yang mengamalkan perbankan dwi sistem ini. Sistem perbankan dwi sistem ini merupakan strategi dalam menarik pelabur-pelabur dari negara timur tengah terutama dari negara-negara anggota OIC. Pada June 2012, Felda Global Venture Holding tersenarai di Bursa Saham dengan pegangan sebanyak RM 3.1 billion , sebulan kemudian IHH Healtcare pula tersenarai dengan pegangan RM 2.1 billion . Majoriti pelabur bagi kedua-dua saham yang didagangkan adalah dari timur tengah .
Pengiktirafan yang diberikan ke atas Zeti, adalah melalui penilaian beberapa faktor iaitu kejayaan dalam mengawal inflasi, pertumbuhan ekonomi , kestabilan matawang dan pengurusan kadar faedah. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan Malaysia berada pada landasan ekonomi yang betul . Asas ekonomi kukuh yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional menjadikan Malaysia antara negara yang mampu bertahan dikala ekonomi dunia mengalami kemerosotan. Kini, Datuk Seri Najib meneruskan kesinambungan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam mentransformasikan ekonomi Malaysia. Sebelum ini Datuk Seri Najib pernah menjelaskan bahawa polisi transformasi nasional melalui Program Transformasi Kerajaan dan juga Program Transformasi Ekonomi adalah berdasarkan konsep Maqasid Al-Shariah. Antara dasar Maqasid Al-Shariah yang diamalkan kerajaan ialah memelihara dan memperkasakan Islam namun pada masa sama, ia memelihara jiwa dan menghormati hak asasi manusia baik untuk Muslim dan juga bukan Muslim.
KL POS
Psssttt.... Kita patut bersyukur dengan pemimpin kita Najib Razak yang bertungkus lumus waktu ini dalam menggangkat Malaysia ke peringkat lebih maju dan berjaya
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
via SapdalKrew http://www.papagomo.com/2012/08/najib-razak-pemangkin-perubahan.html
0 comments:
Post a Comment