Pembangkang Usah Politikkan Misi Kemanusian Kelab Putera 1 Malaysia Ke Rohingya





Presiden Kelab Putra 1Malaysia (KP1M), Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan pemergian misi bantuan kemanusiaan Malaysia ke kem pelarian etnik Rohingya tidak perlu dipolitikkan.



Beliau turut menegaskan KP1M tidak akan mencampuri sebarang urusan konflik politik di Myanmar.



Abdul Azeez memberitahu KP1M akan menghantar pasukan pertama seramai empat orang ke Bangladesh dan Myanmar, yang akan bertindak sebagai peninjau di kem pelarian tersebut.



Beliau bekata pasukan pertama ini akan berlepas ke Bangladesh pada 31 Ogos ini dalam mengkoordinasi segala persiapan dan penyaluran bantuan kemanusiaan di khemah pelarian etnik Rohingya.



"Seramai 44 orang akan menyertai misi ini dan masuk melalui Bangladesh dahulu.



"Kami akan cuba sampai ke Arakan, Myanmar, dimana etnik Rohingya berada jika keadaan memerlukan.



"Kita sudah mengumpulkan hampir 280 tan barangan bantuan walaupun sasaran kita sebenarnya adalah diantara 480 hingga 500 tan, berupa makanan, pakaian, minuman dan ubat-ubatan yang akan dibawa melalui kapal Tentera Laut Diraja Malaysia". katanya.



Beliau turut berkata barangan lain yang turut akan dibekalkan adalah seperti sabun mandi, ubat gigi, berus gigi, tuala mandi dan berbagai barangan keperluan yang lain.



Manakala pek makanan berupa makanan mengandungi beras, gula, susu, tepung, teh/kopi, Link biskut, maggie, minyak masak, tepung gandum, sardin, air mineral dan juga pakaian.



KL POS







Psssttt... Sumbang yang mana kita mampu demi saudara kita umat Islam Rohingya






DAP ANTI ISLAM

PAS ITU MELAYU

UMNO ITU ISLAM



ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT














via SapdalKrew http://www.papagomo.com/2012/08/pembangkang-usah-politikkan-misi.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog