Akta 114 Halang Kebebasan Bersuara? Najib Razak Jangan FLIP FLOP.







Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan supaya mengkaji semula, meminda atau memansuhkan Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) (No 2) 2012 kerana melanggar prinsip asas undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.



Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata undang-undang baru itu turut melanggar hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR).



"Walaupun tanggapan fakta di bawah Seksyen 114A boleh dipatahkan. seseorang yang dianggap bersalah, mungkin tidak mempunyai masa, sumber dan khususnya kepakaran teknikal berhubung dengan persekitaran Internet, untuk membuktikan sebaliknya bagi mematah tanggapan tersebut," Read More.....




Gomo sebenarnya hairan mengapa begitu bersungguh pihak pembangkang ini menentang Akta 114 yang pada dasarnya adalah terbaik dalam melindungi keselamatan rakyat. Mengapa pihak pembangkang termasuk SUHAKAM yang merupakan agen kepada pembangkang ini begitu keras menentang? Mesti ada sebab nya bukan?



Gomo sendiri telah mendengar penjelasan dari mulut Dato Seri Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga Dato Seri Utama Rais Yatim Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayan berhubung akta 114 akta keterangan. Tidak ada salah berhubung akta ini kerana ianya sebenarnya memberikan lebih banyak keistimewaan kepada rakyat Malaysia terutama kepada mereka yang tidak bersalah.




Kedaulatan negara cuba dijahanamkan pihak Pembangkang



Kita juga harus ingat bahawa Akta 114 yang diluluskan ini bukanlah merupakan kelulusan Kabinet ataupun UMNO ataupun BN sepertimana yang dimainkan oleh pembangkang. Akta 114 ini telah diluluskan didalam Parlimen setelah 4 jam perdebatan berlaku yang mana Dato Seri Nazri Aziz mengambil peranan dalam hal ini. Jadi mengapa hendak ditentang satu akta yang mana telah diluluskan oleh Parlimen sendiri yang mana pemimpin pembangkang, bebas dan BN sendiri ada didalam Parlimen?



Gomo merupakan penggiat media baru yang boleh dikatakan panas dengan isu isu semasa dan Gomo MENYOKONG 100% akta 114 ini bagi memberikan lebih banyak ketelusan buat rakyat Malaysia. Yang menentang akta 114 ini adalah mereka yang takut dengan kesalahan yang mereka sendiri lakukan dan yang bakal mereka lakukan.




Yang Bersalah Sahaja Takut Dengan Akta 114



Akta 114 ini juga akan membuatkan rakyat lebih rasional, bijak dan matang dalam meluahkan sesuatu isu. Dan ini merupakan satu elemen yang terbaik dalam keadaan negara kita yang semakin hari semakin maju kehadapan.



Jika perbuatan tersebut tidak kita lakukan maka adalah hak kita untuk mempertahankan diri jika didakwa. Jadi inilah peluang untuk kita dalam membuktikan kita tidak bersalah jika benar kita tidak melakukannya. Jadi kenapa perlu takut jika kita tidak bersalah?



Jika nak dibandingkan dengan Akta 114 negara kita ini dengan negara lain seperti Singapura, China sudah pasti jurangnya cukup jauh dan besar. Lihat sahaja di Singapura yang akta mereka cukup kejam dengan tidak memberi kebebasan buat rakyat dalam meluahkan pendapat apathlagi untuk menegur kerajaan. Begitu juga di China apabila kesalahan dalam media baru ini hukumannya cukup zalim iaitu penjara bertahun lamanya dan ada yang disekat segala pergerakkan dan aksess dalam kehidupan. Tapi kita di Malaysia?



Ini yang Gomo tidak faham kenapa kita perlu takut jika kita tidak bersalah ? Kenapa kita hendak meminda akta yang telah dan bakal memberikan manfaat buat rakyat? Kenapa perlu ditentang benda yang baik untuk Malaysia?




"Kita tidak perlu takut jika tidak bersalah,

Ini merupakan tanggungjawap kita sebagai rakyat

Malaysia yang berakal"



Akta 114 ini tidak menghalang kebebasan bersuara yang ada malah ianya telah menjadikan kebebasan bersuara itu lebih terbuka namun dengan syarat ianya tidak menyalahi undang undang yang termaktub iaitu FITNAH, PENIPUAN dan lain lain sepertimana yang digunakan oleh mana mana pihak sebelum ini.



Kebebasan bersuara juga ada batasnya dan adalah menjadi tanggungjawap kita untuk bersuara dalam apa hal sekalipun tampa sekatan selagi ianya benar dan bukan rekayasa jahat.



GOMO SOKONG AKTA 114, dan minta Najib Razak usah jadi Flip Flop dengan melayan karenah pembangkang yang sebenarnya sedang cuba menjadikan Najib Razak mangsa dalam hal ini. Mereka sebenarnya sedang memasang perangkap agar Najib Razak menjadi Flip Flop dengan akta 114 ini. Diluluskan Parlimen maka teruskan Akta 114 yang mendatangkan Manfaat buat Rakyat Malaysia ini.





Psssttt.... Yang tahu mereka bersalah je akan tentang benda yang baik..... Fikir fikirkan






DAP ANTI ISLAM

PAS ITU MELAYU

UMNO ITU ISLAM



ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT












via SapdalKrew http://www.papagomo.com/2012/08/akta-114-halang-kebebasan-bersuara.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog