TAN SRI PANDIKAR AMIN MULIA, KETUA MENTERI SABAH ATAU MOTIF POLITIK YANG TAK PERNAH AKAN MATI??






Langkah YDP Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia ‘membawa’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam satu majlis Sambutan Hari Raya di Kg Rampayan Laut pada 02.09.2012 ini dilihat oleh kebanyakan pemerhati politik daerah Kota Belud sebagai ‘percaturan’ terakhir bekas Presiden AKAR BERSATU yang telah dibubarkan itu.





Tan Sri Pandikar yang sebelum ini banyak ‘mendiamkan’ diri setelah digugurkan pada PRU 12, sama ada secara sengaja atau sebaliknya rancak menyusun strategi mengembalikan semula auranya di Kota Belud ekoran peristiwa hitam yang menyelubungi perjalanan politiknya. Sambil mengungkapkan ‘hanya tuhan’ yang akan menentukan segala-galanya, Tan Sri Pandikar seakan mahu menunjukkan kepada masyarakat Kota Belud dan pemimpin politik yang menjadi saingannya dalam perebutan kerusi DUN TEMPASUK bahawa sesungguhnya beliau masih punya ‘link’ di peringkat persekutuan dan negeri.





Setidaknya dengan keberjayaan Tan Sri Pandikar membawa Najib ke Kota Belud, ia akan melonjakkan namanya semula. Dan membuka mata banyak pihak, akan ada kebarangkalian yang cukup tinggi Tan Sri Pandikar Amin akan menjadi calon PRU 13 nanti, kerana ramai tahu dan sangat tahu hanya kata pemutus ada pada Najib selaku Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO .Tentunya kerusi yang paling sesuai dan selamat dengan YDP Dewan Rakyat itu adalah DUN TEMPASUK yang kini di wakili oleh Datuk Musbah Jamli dari UMNO.





Namun begitu tindakan Pandikar Amin ini menimbulkan keresahan besar dikalangan pemimpin pertengahan UMNO Kota Belud dan juga pemimpin UMNO negeri. Antara kepentingan politik peribadi juga kepentingan parti, kedua-duanya itu seolah ‘terkorban’ lantaran tindakan Pandikar mempergunakan platform NGO USBO dan bukannya Parti UMNO dan BN di Sabah. Walaupun terdapat spekulasi bahawa wujud gandingan antara Pandikar- Salleh, namun dalam hal ini,Pandikar membelakangkan UMNO KB di mana Salleh adalah Ketua nyaApakah Pandikar mahu menunjukkan kepada pemimpin Sabah terutamanya Musa Aman bahawa akan menjadi “nahas’ paling besar dalam sejarah UMNO di Sabah jika beliau tidak sekali lagi diturunkan di gelanggang PRU 13 nanti?.





Atau apakah Pandikar juga mahu ‘menakut-nakutkan’ musuh politik beliau dengan menunjukkan hubungan yang sangat intim dengan Najib?. Sebelum ini ramai yang tahu bukannya senang membawa Najib ke Sabah, apatah lagi sekadar menghadiri majlis tajaan NGO yang belum tahu kekuatan politiknya.Ada juga yang meneka-neka bahawa gandingan pandikar-Salleh sebenarnya telah mula menundukkan pengaruh Musa Aman di Sabah. Mahu atau tidak pada PRU 13 ini, Musa Aman tidak akan ‘mencicirkan’ Pandikar dan Salleh dalam senarai nama calon pilihannya di Sabah. Musa Aman dikatakan, telah mula bertaubat nasuha tentang insiden itu.





Majlis pada 2.09.2012 ini mula diperkatakan oleh masyarakat Kota Belud.Malahan sudah kedengaran bahawa Tan Sri Pandikar kononnya adalah ‘bakal’ Ketua Menteri Sabah yang paling ‘laris’ meninggalkan Shafie Apdal yang sebelum ini disebut-sebut menggantikan Musa Aman yang banyak mencetuskan polemik politik dalam BN Sabah.



Dari segi latarbekalang politik Pandikar, terutama dari segi pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan dan parti, saya pada asasnya tidak punya masalah besar jika Pandikar sememangnya ‘bakal’Ketua Menteri Sabah. Selain menjadi ‘pendamai’ antara puak-puak yang bertelagah dalam UMNO dan BN Sabah, Pandikar Amin dilihat tidak punya ‘musuh’ ketat dalam politik di Sabah. Walaupun di kalangan pemimpin politik seangkatannya, melabelkan Pandikar sebagai ‘panas baran’ tetapi dalam banyak peristiwa dan keadaan, Pandikar dilihat menjadi ‘tali penghubung’ antara pemimpin di Sabah dengan pemimpin di Kuala Lumpur. Menduduki beberapa jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada era Tun Mahathir, kemudiannya beberapa portfolio kementerian di Sabah sebelum itu,tentunya Pandikar Amin mempunyai kelasnya yang tersendiri. Sehinggakan kesanggupannya ‘membubarkan’ AKAR yang dipimpinnya walaupun pada ketika itu parti serpihan PBS itu menjadi parti komponen BN di Sabah yang paling dominan, adalah antara ‘budi’ besar Pandikar ‘mententeramkan’ suasana politik di Sabah setelah kemasukan UMNO di negeri itu pada 1991.





Sebab itu bagi saya peluang Pandikar menjadi ketua Menteri Sabah tetap ada,tetapi bukan sekarang. Kerana pada saya seorang yang menduduki ketua Menteri Sabah harus berjiwa rakyat. Merasai denyut nadi masyarakat Sabah. Mempunyai ikatan kukuh dengan pelbagai etnik di negeri ini. Bukan sekadar merancang pengaturan perjalanan pentadbiran dan ekonomi Sabah , melonjakkan kadar rezab negeri ke tahap berbillion,namun pada realiti di akar umbi semuanya itu tidak bisa di rasai oleh masyarakat peribumi. Masalah pengangguran, dan kenaikan harga barang keperluan masih menekan kehidupan masyarakat Luar Bandar dan pedalaman di Sabah. Pada waktu yang sama seorang ketua menteri Sabah harus berjiwa ‘pendesak’ sebagai menuntut hak-hak Sabah dan bukannya menjadi pak turut dan menunggu ‘langit’terbuka untuk mendapat hak Sabah yang masih belum terlaksana.





Di sepanjang penglibatan Tan Sri Pandikar Amin dalam politik dan pernah menduduki beberapa portfolio penting di peringkat negeri dan persekutuan, apakah Pandikar telah menunjukkan dalam tempoh itu bahawa beliau sememangnya seorang pemimpin yang merasai denyut nadi rakyat???? Saya tinggalkan kalian dengan persoalan ini.





via SapdalKrew http://kelapamawar.blogspot.com/2012/08/tan-sri-pandikar-amin-mulia-ketua.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog