DAP SARAWAK TIDAK BERJAYA MENGHALANG PELANTIKAN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD SEBAGAI TYT NEGERI SARAWAK




Susulan daripada pengunduran Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak dan menerima pelantikan sebagai TYT Negeri Sarawak, Ahli Majlis Tertinggi Kerja PBB Sarawak yang bersidang pada 8 Februari dan diikuti Ahli Parlimen dan ADUN BN Sarawak yang bersidang pada 9 Februari sebulat suara bersetuju mencadangkan Ketua Menteri Sarawak itu dilantik ke jawatan TYT Sarawak sebagai membalas dan mengenang jasa pejuang politik negeri Sarawak sepanjang menjawat jawatan Ketua Menteri selama 33 tahun.



Biarpun majoriti rakyat dan pemimpin Sarawak bersetuju Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dilantik ke jawatan TYT Negeri Sarawak, terdapat suara minoriti pemimpin Pakatan Pembangkang yang tida bersetuju dengan cadangan itu.



PAS Sarawak mula-mula menunjukkan reaksi negatif menerusi kenyataan Pemuda PAS Pusat sejurus selepas cadangan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai TYT Negeri Sarawak.



Tidak cukup dengan itu, PKR Sarawak menerusi wakilnya di Semenanjung Malaysia telah menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi menghalang pelantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai TUT Negeri Sarawak.



Manakala, DAP Sarawak menerusi pemimpin mereka yang kebanyakannya peguambela telah membawa permohonan menghalang Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai TYT Negeri Sarawak (Ex-Parte) ke Mahkamah Tinggi Sarawak.



Dalam perbicaraan pada pagi tadi, DAP Sarawak yang diwakili ADUN Padungan, Wong King Wei telah ‘berdebat’ dengan Hakim Mahkamah Tinggi yang diketuai Hakim Mahkamah Tinggi Sarawak/Sabah, Chew Soo Ho.



Setelah berdebat panjang selama 2 jam 30 minit, Hakim Chew Soo Ho membuat keputusan pada jam 14.30 petang bahawa permohonan DAP Sarawak menerusi Wong King Wei dibatalkan tanpa sebarang bayaran kos mahkamah.



Persoalan sekarang, kenapa Pakatan Pembangkang terlalu takut kepada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai TYT Negeri Sarawak?



Diakui selama ini Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak tidak pernah bermusuh mahupun mencari pasal terhadap pemimpin Pakatan Pembangkang Sarawak dalam apa cara sekalipun.





Malah, dalam pilihan raya Pakatan Pembangkang terutama DAP Sarawak sering kali bermain politik kotor sehingga sanggup menghina keperibadian Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil ke atas pemimpin DAP Sarawak yang rasis.





SUMBER: http://ift.tt/1pxHKuC

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog