Khalid: Noh mengaku bukan pakar agama, tetapi cabar debat?


Oleh : NAZLI IBRAHIM



SHAH ALAM : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kecewa apabila Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar gagal ‘mengsekolahkan’ beliau seperti dilaungkan Noh ketika mencabar beliau berdebat dalam isu kalimah Allah.



Khalid berkata, kegagalan itu menyebabkan perdebatan bertajuk ‘Muzakarah Kalimah Allah’ anjuran Mob TV yang berlangsung lebih sejam baru-baru ini tidak menambahkan ilmu pengetahuan beliau.



khalid samad white pc 02



“Beliau (Noh) mengaku bahawa tidak pakar dalam soal hukum Islam mahupun soal perlembagaan Negara. Dalam soal hukum Islam beliau mengesyorkan kita terima atau rujuk keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri dan dalam soal perlembagaan, beliau syorkan kita serahkan sahaja kepada pihak mahkamah.



“Kalau Noh menganggap saya dan dia sama-sama tidak layak membincang isu ini, mengapa dia cabar saya untuk berdebat?



“Kalau Noh anggap beliau tidak cukup pakar, mengapa beliau berkata beliau ingin sekolahkan saya?” kata Khalid dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini,semalam.



Kata Khalid, sikap yang ditunjukkan Noh itu, hanya membuktikan sikap tipikal pemimpin Umno yang gemar mempermainkan sentimen keagamaan dan bangsa semata-mata untuk memburukkan imej lawan mereka.



“Umno menambah mengelirukan orang Islam. Dia kata ini isu akidah tetapi mengapa di sini tak boleh (Kitab Bible dalam bahasa Melayu) dan di Sabah, Sarawak boleh pula. Akidah umat Islam Semenanjung berbezakah dengan Islam di sana?.



“Umno dan NGO pro Umno juga sering laungkan Allah milik kita, itu pun dah tak betul. Sebenarnya kita semua milik Allah, bukannya Allah milik kita” Kata Khalid lagi.



Kata Khalid lagi, mungkin Noh tidak mampu menilai dan memberi pandangan berhubung isu ini dan terpaksa memilih jalan selamat dengan tidak memberi sebarang komen terhadap hujah yang dikemukakan.



“Ayat Quran yang mempunyai makna dan maksud yang jelas ditepis dengan sekadar menyatakan kamu bukan ulama, kenapa kamu tidak menjadi anggota Dewan Ulama PAS dan sebagainya.



“Itu sahaja kemampuan dirinya sambil menyerang peribadi saya berhubung tauliah saya yang tidak dilanjutkan,” kata beliau lagi.EZY






SUMBER: http://ift.tt/1nE0W6i

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog