SSKM KINI KETERLALUAN HINGGA ANCAM BUNUH KETUA MENTERI SARAWAK


Seorang pengikut Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang dikenali dan menggunakan nama 'Quotz Suey' dalam Facebook telah mengeluarkan kenyataan kejam hingga mahu membunuh Ketua Menteri Sarawak.



Kenyataan ini telah dinyatakan Quatz Suey di dalam page Facebook "Sarawak pansut ari Malaysia" yang secara sedar telah menulis kenyataan berbaur ugutan itu.



Ini disebabkan ketegasan Adenan Satem yang tidak akan membiarkan pemisah atau penghasut SSKM menghasut rakyat Sarawak keluar Malaysia.



Ini telah disebutkan berulang kali dalam mana-mana ucapan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem di Sarawak termasuk secara langsung dalam menyambut perayaan Hari Malaysia di Miri, baru-baru ini.




Entah berapa ramai lagi yang perlu melakukan ancaman bunuh terhadap pimpinan negeri Sarawak untuk mencukupkan kuota laporan polis agar dilakukan tangkapan.



Ke mana perginya mereka ini yang dikatakan berada di hadapan Ketua Menteri Sarawak dalam usaha menangkis tohamahan daripada pembangkang mahupun NGOs seperti SSKM ini?



Jika hanya setakat berani di dalam media sosial sahaja tidak memadai sebaliknya perlu membuat tindakan yang lebih berani seperti membuat laporan polis.



Malah, tiada kedengaran daripada kepimpinan parti politik komponen BN Sarawak yang mempertahankan Ketua Menteri Sarawak dalam masa singkat.



Selepas ini, akan ada beberapa kenyataan daripada menteri atau parti berhubung ancaman ini di dalam akhbar-akhbar tempatan Sarawak yang langsung tiada apa-apa pengertian.



Sebaliknya, pada ketika ini laporan polis perlu diadakan supaya suatu tindakan tegas perlu dilaksanakan kerana ia benar-benar mengugut dan ancaman berat ke atas pemimpin negeri.



Selepas mengadakan beberapa kali dialog dan forum berkaitan peranan SSKM dalam menghasut rakyat Sarawak dan Sabah keluar Malaysia, kini SSKM giat membuat referendum melalui beberapa NGO kononnya menuntut hak rakyat Sarawak.



Mereka kini telah mula berani bergerak secara besar-besaran di beberapa bahagian di Sarawak antaranya Miri, Sibu, Sarikei dan Kuching dengan mengadakan pertemuan di hotel-hotel ternama.



Sebelum ini kedengaran pihak Kementerian Dalam Negeri menerusi menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan bertindak tegas terhadap mereka yang menghasut rakyat Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia, tetapi tiada satupun tangkapan yang dilakukan.



Malah, penganjur SSKM, Lina Soo yang seolah-olah orang yang dikehendaki bebas keluar masuk Malaysia di Sabah dan Sarawak dalam usaha terus menghasut rakyat kedua-dua negeri itu.









SUMBER: http://ift.tt/1wwfduL

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog