ANWAR IBRAHIM YAKIN MENANG, PENDAKWARAYA LEBIH YAKIN MENANG


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim amat yakin bahawa dirinya akan bebas daripada hukuman pertuduhan kes liwat selepas mendengar hujah-hujah yang diberikan para peguambela biarpun terdapat banyak keraguan.



“Mereka begitu hebat dalam penghujahan. Saya percaya selepas ini tiada lagi sebab atau hujah yang munasabah untuk mensabitkan saya dengan pendakwaan ini, apatah lagi ada usaha untuk menambah pula hukuman yang sedia ada,” katanya dengan nada penuh yakin.



Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR diwakili oleh empat peguam iaitu Gopal Sri Ram, N. Surendran, Sangeet Deo Kaur dan Ramkarpal Singh.



Dalam pada itu, pihak pendakwaan yang diketuai peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan memulakan hujah pendakwan ke atas hujah-hujah peguambela pada pembentangan hari ini, Jumaat, penghulu segala hari.



“Memanglah dia yakin menang. Anda harus yakin dengan kes dan hujah sendiri. Itulah tujuan prosiding rayuan dilaksanakan oleh mereka. Kalau tidak yakin, tak bermaknalah sesebuah rayuan.



“Maka, samalah juga dengan kami (pihak pendakwa). Kami juga yakin dalam pembentangan hujah kami. Dalam sesebuah perkara sentiasa ada sisi. Kami boleh menjawab semua isu yang diketengahkan oleh pihak pembelaan itu,” ujar Shafee.



Berikutan itu, pendakwaraya akan membuat kejutan terhadap hujah-hujah peguambela Anwar pada hari ini dan Isnin sebagai mengukuhkan lagi dakwaan bahawa Anwar Ibrahim itu adalah orang 'Lelaki Y'.







SUMBER: http://ift.tt/1xGqvti

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog