ESOK NAK RAYA, RENUNG - RENUNGKAN LA!!!

Hah! Kalau ikut perkiraan Ruksah, esok dah nak raya. Malam semalam pun boleh dikatakan hampir semua jalan raya penuh sesak dengan kenderaan yang berpusu - pusu nak balik kampung.

Tapi, dalam kehangatan kita nak menyambut raya ni, apa kata kita berhenti seketika dan renungkan apa yang cuba nak disampaikan oleh warga emas di Baitul Mawaddah ni. Semoga kita dapat bermuhasabah diri dan jangan jadi macam anak - anak mereka!!!
SHAH ALAM: Melihat raut wajah penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor (Baitul Mawaddah), amat menyentuh hati. Mereka tanpa jemu memberi senyuman dan menegur sapa sesiapa sahaja didepan mata mereka.  
Siapa sangka, di sebalik senyuman yang manis itu tersimpan 1001 kisah duka yang tidak mampu ditelah. Antarapos berkesempatan ke Baitul Mawaddah untuk menyelam rasa, berkongsi duka nestapa beberapa penghuni hentian ini. 
Baru saja menjadi warga Baitul Mawaddah sejak bulan lalu, Mistina Jalmu, 80 tahun memberitahu sudah lebih 20 tahun tinggal bersama anak angkat sejak kematian suaminya. 
Meskipun terdetik rasa kurang senang di hati apabila anak angkatnya mahu menghantarnya ke sini, namun Mistina enggan membantah.
"Saya sendiri pun tidak tahu kenapa mereka hantar saya ke sini. Pada mulanya mereka kata pada saya 'Mak jangan ke mana-mana, nanti ada orang datang nak ambil untuk diletakkan di sini".
"Saya tidak rasa apa-apa, tetapi sedih juga apabila mula tinggal di sini sebab bukan kehendak saya. Mereka suruh saya di sini, saya ikut saja. Saya jarang membantah apa yang mereka kata. Sedih juga, kadang-kadang rindu dengan mereka. Tetapi mereka akan datang juga melawat saya esok, lusa," ujar Mistina penuh harap sambil memberitahu anak angkatnya mahu beraya bersama-sama kelak.

Siapa sangka, niat suci Mistina menjaga anak angkatnya sejak dari kecil dibalas tuba. Siapa sangka Mistina pula yang menerima nasib malang, apabila insan yang dijaganya dengan penuh kasih sayang 'membuangnya' di baitul Mawaddah. - seterusnya, klik kat sini...


SUMBER: http://ift.tt/1I5fB8t

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog