KENAPA SHAFIE AFDAL???

Sejak berlakunya rombakan kabinet yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri awal petang tadi, ramai dikalangan pengguna laman media sosial mula membuat spekulasi mereka masing - masing.

Ada yang menyokong, ada jugak yang mengutuk tindakan YAB Perdana Menteri itu. Macam - macam andaian dan persepsi mereka buat berdasarkan kepada pengamatan Politik mereka sendiri.

Rata - rata mempersoalkan, kenapa baru sekarang YAB Perdana Menteri nak buat rombakan kabinet? Dan kenapa hanya individu tertentu sahaja yang digugurkan dari kabinet tersebut?

Salah satu persoalan yang diajukan ialah 'Kenapa Datuk Seri Shafie Afdal'? Apakah yang telah dilakukan oleh Bekas Menteri Luar Wilayah itu mampu untuk merosakkan reputasi Kerajaan?

Kalau kita lihat, kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Shafie Afdal, ternyata dia juga sependapat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Masing - masing tetap beristiqomah dalam perjuangan.
"Pandangan yang saya berikan adalah demi untuk menguatkan Umno dan niat ini bertujuan untuk meletakkan negara di landasan yang sepatutnya,” demikian ujar bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Berkata menerusi kenyataan pada hari ini, jelas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak untuk merombak kabinet sekiranya perjuangannya tidak selari dengan pendirian pemimpin negara ini.
“Selama ini saya telah memperjuangkan kepentingan rakyat dan sentimen akar umbi. Sekiranya ia dianggap tidak selari dengan pendirian, maka itu adalah hak beliau sebagai perdana menteri untuk membuat rombakan,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dalam satu sidang media mengumumkan barisan Kabinet baharunya yang antara lain menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Shafie turut menegaskan bahawa beliau telah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebaik mungkin semasa memegang jawatan Kabinet.
“Sejak memegang jawatan Kabinet, saya telah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya masyarakat di luar bandar,” katanya lagi.
Apa yang pasti Perhimpunan Agung UMNO yang dijangka berlansung hujung tahun nanti tentu akan menjadi hangat. Nak pecat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet memang prerogatif PM. Tapi jawatan dalam parti masih kekal. Sama - sama kita nantikan!!!


SUMBER: http://ift.tt/1D8sCO4

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog