Gempa Bumi Kecil Di Ranau, Sabah

MSTAR ONLINE    
 
 
 
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kecil berukuran 3.2 pada skala Richter berlaku pada pukul 10.38 malam Isnin di Ranau Sabah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Kenyataan jabatan itu menyebut, pusat gempa itu terletak di 6.1 darjah utara dan 116.7 darjah timur, kira-kira 327km di barat laut Tarakan, Indonesia dan 11km di utara Ranau.

Gegaran juga dirasai di Ranau.  Jabatan itu akan mengeluarkan maklumat tambahan mengenai gempa ini.



SUMBER: http://ift.tt/1HqV1hf

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog