Gerakan Islam baru diketuai Mat Sabu? Recycle slogan Anwar


Petikan
KENYATAAN AKHBAR SEMPENA PELANCARAN GERAKAN HARAPAN BARU (HARAPAN BARU)

Tarikh : 13 Julai 2015

Tempat : Hotel Vistana, Kuala Lumpur 


3. Kehadiran Pakatan Rakyat sejak dua penggal parlimen yang lalu telah merubah suasana politik tanahair. Pakatan Rakyat telah menampilkan suasana perimbangan kuasa dan prinsip semak-imbang yang berkesan dalam tata-order politik negara. Sekaligus saingan Pakatan Rakyat telah menamatkan monopoli kuasa hegemoni Umno-BN serta mengembalikan keadilan dan membela rakyat. Ini menyelamatkan negara dari segala kerosakan, kebobrokan dan penyelewengan amanah penguasa politik Barisan Nasional.

4. Kini Pakatan Rakyat tidak lagi dapat berfungsi seperti dahulu. Sangat malang bahawa dalam susunan kini, hanya kerjasama longgar dalam pentadbiran negeri Selangor dan Pulau Pinang dapat dilakukan. Kedudukan ini telah menjejaskan agenda memimpin gerakan kebangkitan rakyat untuk terus melakarkan perubahan besar dalam negara.

5. Hari ini, kami ingin mengumumkan penubuhan satu entiti dan wadah yang kami namakan sebagai Gerakan Harapan Baru atau singkatannya HARAPAN BARU yang bertujuan untuk menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat. HARAPAN BARU akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baru yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut.

6. HARAPAN BARU akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan yang Inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat. Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya "Rahmat untuk Semua" dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami mendokong nilai-nilai demokratik (musyawwarah-rundingan) dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya, dalam sebuah politik yang mengiktiraf kewujudan kemajmukan dan kepelbagaian (Politik Li Ta'arafu) dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. 7. Politik Islam yang kami bawa akan memberi penekanan dalam soal akhlak, moraliti dan amanah dalam tadbir-urus pemerintahan serta interaksi dengan semua pihak. Disamping menekankan pegangan akidah yang teguh, kami juga mendukungi keluasan syariat Islam dan Maqasid Syariah(Tujuan-Matlamat Syariat Islam). Islam yang diperjuangkan bukannya di dalam bentuk slogan, emosi dan sentimen tetapi sebagai satu tawaran "Rahmat dan Keadilan" yang memberi kesejahteraan untuk rakyat dan menjamin kemakmuran negara.

8. HARAPAN BARU akan tampil bertemu rakyat dari Perlis hingga ke Sabah bermula pada akhir bulan Julai hingga akhir Ogos untuk berinteraksi dengan rakyat dan menjelaskan tawaran yang disediakan. Kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan gerakan ini bagi pembentukan semula kerjasama dan muafakat politik sebagai penerusan legasi perjuangan pemimpin terdahulu seperti Al-Marhum Tuan Guru Yusof Rawa, Al-Marhum Ust Fadhil Mohd Noor dan Al-Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjayakan usaha penubuhan Pakatan Rakyat 2.0.

Sekian.

Wassalam.

Mohamad Bin Sabu
Pengerusi
GERAKAN HARAPAN BARU

--------------

Nampak gayanya, Gerakan Islam begini lebih macam gerakan evangelis kristian ... pasal belakangnya DAP.

Harapan baru adalah slogan ANWAR sebelum 2008.



SUMBER: http://ift.tt/1Sk4qtO

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog