PAS SABAH TAK TERIMA PENGKHIANAT!!!

PAS Sabah akan terus menyokong kepimpinan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menolak kumpulan progresif Gerakan Harapan Baharu (GHB), kata pesuruhjayanya Aminuddin Aling.

Katanya, tiada alasan untuk menubuhkan GHB dan menganggap GHB diwujudkan atas dasar kekecewaan pihak tertentu kerana tidak mendapat tempat dalam pemilihan jawatan pada Muktamar Tahunan PAS, Jun lalu.
"Kami tetap bersama tuan guru presiden (Abdul Hadi). Yang menyertai (Gerakan) Harapan Baharu ini adalah yang kalah dalam pemilihan jawatankuasa...dan rindu pada kedudukan," katanya.
Dalam pada itu, Aminuddin mengingatkan anggota PAS negeri yang berhasrat menyertai GHB agar tidak menggunakan sebarang aset milik PAS Sabah bagi berkempen untuk kumpulan berkenaan.
"Ini satu amaran, sekiranya terdapat ahli GHB di kalangan kami di sini, saya tidak mahu mereka menggunakan premis kami, itu untuk kegunaan anggota PAS sahaja, pergi cari tempat lain," katanya.
Aminuddin juga turut menegaskan, ketika ini, parti itu masih lagi tidak dapat mengambil tindakan terhadap mana - mana anggota PAS yang berpaling tadah dan berhasrat menyertai GHB.
"Dalam perlembagaan PAS, sekiranya seseorang anggota menubuhkan parti atau menyertai mana-mana parti dengan sendirinya akan terbatal keahliannya. GHB belum didaftar jadi parti oleh itu PAS tidak boleh ambil tindakan, sebab parti itu belum rasmi lagi," katanya.
Sebelum ini, PAS Sabah juga telah memutuskan hubungan Politik mereka dengan parti DAP dan juga PKR kerana mereka enggan memberikan kerjasama dengan Presiden PAS, Hadi Awang.

Dalam masa yang sama, ahli - ahli GHB masih lagi mengambil kesempatan untuk menghasut dan menarik ahli - ahli PAS agar menyertai mereka. Terutama dikalangan mereka yang kecewa dan kalah dalam pemilihan parti yang lepas.

Bahkan anggota GHB ini juga tidak mempunyai keberanian untuk mengambil tindakan dan langkah yang sewajarnya untuk keluar dari parti secara terhormat. Sebaliknya mereka lebih rela menjadi 'Gunting Dalam Lipatan' dan Pengkhianat kepada parti!!!


SUMBER: http://ift.tt/1VIxhN3

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog