"Pembangkang Sabah hanya membuang masa di Facebook setiap hari"
"Biarlah Sapp saja yang menaja Sabahkini", demikian komen pengurus laman sosial Facebook "Musa Aman" ketika dihubungi oleh Sapdal Krew. Menurutnya tuduhan bahawa portal sesawang Sabahkini ditaja oleh YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hj. Musa Hj. Aman adalah mengarut dan sama sekali tidak berasas.
Pergerakannya Ketua Menteri diburu oleh pemberita setiap hari tanpa perlu menaja apa-apa
Mengikut beliau berdasarkan fakta Sapdal Krew, pengunjung harian Sabahkini kepunyaan blogger amatur dan tidak ternama itu cuma seramai 350 orang sahaja dan tidak berbaloi untuk ditaja berpuluh-puluh ribu sebulan. YAB Ketua Menteri mempunyai laman web rasmi yang diuruskan oleh wartawan-wartawan terlatih dan menjaga etika kewartawanan dengan baik. Laman facebook 'Musa Aman' sendiri telah mempunyai 9,976 'likes' dan ini dengan sendirinya adalah 29 kali ganda lebih besar dari pengunjung Sabahkini.
Pengunjung laman Facebook Musa 29 kali ganda lebih banyak dari Sabahkini
Tambah beliau pihak pembangkang Sabah termasuk SAPP terpaksa menaja pihak-pihak yang sudi untuk mendapat ruang berita kerana mereka tidak ada apa-apa untuk dihebahkan dalam berita di media arus perdana dan kebanyakan mereka hanya membuang masa di Facebook dan Twitter setiap hari. Lain halnya YAB Ketua Menteri sebagai ketua eksekutif kerajaan negeri mempunyai faktor 'daya penarik khalayak ramai' dan 'nilai berita' setiap hari pergerakannya adalah diburu oleh pemberita sehingga tiada keperluan untuk menaja apa-apa media sekalipun-Sapdalkrew.
0 comments:
Post a Comment