Berjuta-juta hektar hutan Sabah yang berharga lesap untuk selama-lamanya
DATUK THAM NYIP SHEN
Terjemahan: SAPDAL KREW
Selama rejim SAPP memerintah, tidak kurang dari 1 juta hektar lahan hutan diberikan kepada syarikat swasta dan awam yang berdaftar, konon untuk SFM-Pengurusan Hutan Lestari.
Malangnya, dalam banyak lesen FMU (Unit Pengurusan Hutan), individu yang meragukan tanpa kemampuan apa pun dipilih juga. Akibatnya, banyak pemegang lesen gagal untuk melakukan kerja sepatutnya dan menimbulkan kerugian besar berbilion-bilion ringgit kepada kerajaan dan negara di kawasan-kawasan berkenaan.
Hari ini kegagalan dari banyak pemegang lesen yang telah mengakibatkan lesen mereka ditamatkan mengambarkan perancangan yang lemah, pelaksanaan bermutu rendah serta pilihan sembrono. Beberapa lesen bahkan tidak pernah melihat kawasan hutan, apalagi melihat kawasan konsesi mereka yang boleh sebesar 600,000 hektar.
Yang penting mengapa badut-badut konsesi ini telah dipilih? Hanya SAPP boleh menjawabnya.
Peruntukan kawasan-kawasan besar di sesetengah daerah seperti dalam satu jangka hayat seumur hidup (100 tahun) sekaligus sepatutnya memberikan sedikit kesempatan bagi kerajaan untuk mengkaji. Mengapa tidak dilakukan dalam secara langkah-demi-langkah? Misalnya, memperuntukkan kawasan kecil untuk fasa pertama dan kemudian memperluaskan berdasarkan prestasi?
0 comments:
Post a Comment