Sapp perlukan bantuan pemilik Sabahkini jadi guru bahasa melayu
Oleh Gen. CroXo
Bahasa menunjukkan bangsa. Contoh di bawah menunjukkan betapa rendahnya penguasaan bahasa melayu di kalangan aktivis-aktivis Sapp termasuk 'cybertrooper' yang bertanggungjawab untuk menjawab isu-isu yang dibawa oleh Sapdal Krew.
Jadi aktivis politik, BM pun lintang pukang! |
Komen di atas dibuat oleh "Anonymous 13 June 2011, 13:22" dan isu yang dibawanya ialah mutu penulisan Sapdal yang rendah (ha ha ha ...).
Untuk rekod, kami tidak pernah membangga-banggakan kemampuan menulis dan berbahasa. Tetapi sesiapa yang mengutarakan isu berkenaan serta melekehkan orang lain tentu mempunyai sedikit kelebihan berbanding dengan orang yang dikutuknya.
Sedangkan dalam seperenggan enam belas baris buah tangan si 'Anonymous', dia telah melakukan tidak kurang dari dua puluh tiga kesalahan penulisan asas termasuk tanda bacaan, nahu asas, tata bahasa, pelengkap dan penyudah ayat. Sebagai rakyat biasa kita tentulah boleh mempersoalkan hajat seseorang begini rupa yang hendak menjadi pemimpin. Masyarakat di negeri ini juga tentu ingin tahu cara Sapp hendak menafikan stigma kecinaan sedangkan pemimpinnya cuma mampu berbahasa kebangsaan secara lintang pukang.
Tetapi bagi setengah yang lain jawapannya mudah dicari; pemimpin Sapp adalah golongan 'reject'!-Sapdal Krew.
0 comments:
Post a Comment