Buku Lucah "Skandal Seks YB' Tidak Laku

Tidak dapat menampung kos bayar peguam
Gagal menandingi 'Monalissa' Halik Zaman

Sapdal Krew Kudat

KUDAT, 1 Jun: Walaupun seperti biasa dengan sombong seorang blogger tidak ternama mengatakan saman Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim hanya bernilai 1sen baginya, dia bakal menghadapi kemungkinan diistiharkan bengkrap.


Setelah 'menyepikan' dari menulis di blog sejak awal tahun ini dan melayan bara ketagihan "erotonymphoonomatopornographogynaecomania" sepenuhnya blogger berkenaan akhirnya dapat menyudahkan sebuah e-book lucah bertajuk "Skandal Seks YB".

Buku ini sekarang sedang dijualnya harga RM49.99 atas cadangan kawan rapatnya yang juga penulis buku lucah "Monalissa" Datuk Halik Zaman. Namun harapan wang hasil jualan e-book "Skandal Seks YB" boleh diguna untuk bayaran guaman menghadapi Rais sangatlah tipis sekali. Mengikut Halik, belum ada satupun pembelian  dibuat ke atas buku ini berbeza dengan "Monalissa" yang sudah dibeli oleh 15 orang sahaja sejak 2003 melalui pesanan pos.

Berdasarkan berita akhbar-akbar tempatan, 2 Jun merupakan tempoh ultimatum yang diberi mahkamah supaya dia hadir untuk kes saman malu mentri berkenaan-Sapdal Krew.

3 comments:

kokoanga at: 3 June 2011 at 08:48 said...

Slm sdr,
Mahal bha tu ebook, kalu ada deskaun mo jg bli. Bley tulis sket lg psl Datuk Halik Zaman ...? Khabarnya dia pn seorg ahli politik yg x kurg sensasi juga di masa lepas.

Anonymous at: 3 June 2011 at 14:50 said...

Dia mana sempat nak stim bro, tengah mgelabah dek kena saman.. tempoh 14 hari skg he he he.

mutoli at: 4 June 2011 at 00:35 said...

tggu lah ko mutoli, 14 hari lagi bengkarap la kana minta byr juta2 olih rais.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog