Buang Karan Musa Taja Sabahkini

Koresponden Sapdal Krew Kota Kinabalu untuk: EDISI SIASAT

Sabahkini tak ubah seperti gosip hiburan majalah URTV


KOTA KINABALU 12 Jun: Sumber yang rapat dengan salah seorang Setiausaha Politik kepada  YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hj Musa Hj Aman iaitu Encik Nizam Abu Bakar Titingan menyatakan Sabahkini yang cuma mempunyai 350 pengunjung adalah tidak bererti apa apa untuk ditaja.


Selain itu belanja bulanan menaja berjumlah RM25,000 adalah tidak manasabah sama sekali kerana portal sesawang ini tidak ubah seperti gosip majalah URTV. Mengikutnya beliau Nizam telah berkali-kali dihubungi pemilik Sabahkini Mutalib MD yang  telah merayu-rayu minta ditaja sehingga terpaksa menyekat nombor blogger berkenaan.

Beliau enggan mengulas lanjut apabila koresponden Sapdal Krew bertanya kenapa tidak ada berita mengutuk Musa di Sabahkini sejak akhir-akhir ini.  Setelah didesak, beliau tidak menolak keadaan sunyi sepi daripada berita negatif  boleh jadi berfungsi sebagai serampang dua mata. Pertama sebagai cara membuktikan yang Sabahkini benar-benar akan menyebelahi Musa dengan melanyak Dato' Seri Hj. Mohd Shafie Hj. Apdal habis-habisan. Kedua ialah untuk memberi tekanan kepada SAPP yang telah banyak mengambil masa berunding untuk menaja Sabahkini sejak dari kekalahan teruk presidennya yang hampir-hampir hilang wang pertaruhan pada Pilihanraya Kecil Batu Sapi baru-baru ini bahawa Musa mungkin menjadi penaja-Sapdal Krew

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog