Yong Teck Lee pemimpin yang baik
Jalanan sukar kerana hanya disokong sedikit pengundi
Sumbangsih oleh YBhg. Tan Sri 'H' untuk: Singkap Tan Sri 'H'
Berikut ini merupakan temuramah bersiri General CroXo, Commander-In-Chief Sapdal Krew (SKw) bersama YBhg. Tan Sri 'H' (TSH), penyumbang berprofil tinggi di 'Sabah News by Sapdal Krew' untuk ruangannya sendiri 'Singkap-Tan Sri H'.
SKw: Apa pandangan TSH tentang Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (YTL)?
TSH: SKw mungkin tidak suka ha ha ha.. (ketawa) tapi bagi saya YTL adalah pemimpin Sabah yang baik dan patriotik. YTL pernah menang beberapa penggal di Likas dan disukai penyokongnya yang berbagai bangsa. Memperjuangkan apa yang dia percaya dengan konsisten dalam jangka masa yang panjang walaupun akan merugikan diri sendiri.
SKw: TSH lupakah blog 'Sabah News by Sapdal Krew' adalah blog Pro-BN. Bagaimana dengan isu YTL suka tikam belakang dan isu rasuah yang kerap ditimbulkan?
TSH: Ha... ha... ha... (ketawa lagi). Ingat 'gentlemen agreement' kita, SKw mesti tulis tanpa diedit dan diselewengkan. Saya jawab satu persatulah. Isu tikam belakang. merujuk insiden 1994 dimana YTL meninggalkan PBS berakhir dengan penubuhan Sapp dan tahun 2008 di mana dia keluar dari Barisan Nasional (BN). Dalam arena politik ini sebenarnya semata-mata gerakan strategik dan taktikal. SKw sebagai orang muda patut faham tiada kawan atau musuh yang kekal selama-lamanya dalam politik. Tentang rasuah pula, boleh beri satu nama Ketua Menteri yang paling bersih dan tidak pernah digosip rasuah? Kalau tidak silap saya, Datuk Pairin pernah didapati bersalah dalam kes rasuah tetapi YTL tidak pernah. Jadi semua itu adalah gosip politik yang tinggal sebagai gosip semata-mata dan dimainkan secara berulang-ulang oleh pihak yang berkepentingan.
SKw: Bagaimana pula pandangan TSH mengenai Sapp?
TSH: Berbanding sekarang, sebelum tahun 2008 Sapp juga tidak giat untuk mengembangkan pengaruh ke seluruh negeri Sabah kerana masa itu ia berada dalam keluarga besar BN. Saya kenal YTL secara peribadi dan mengetahui perkembangan Sapp parti tempatan dari mula dahulu. Ia terbuka untuk semua bukan terhad orang cina saja malah anggotanya berbagai-bagai bangsa. Akan tetapi golongan bumiputera sama ada Islam atau bukan Islam di Sabah mempunyai pilihan parti yang sangat banyak umpamanya Umno, PBS, PDS/Upko, PBRS, Akar dan lain-lain lagi. Akhirnya tinggal YTL dan beberapa pemimpin cina saja yang kekal menonjol menjadikan imej cina akhirnya melekat pada Sapp.
SKw: Konsep 'Sabah for Sabahan'?
SKw: Konsep 'Sabah for Sabahan'?
TSH: Di sinilah apa yang saya kata YTL sebagai ahli politik yang berjuang walaupun bakal merugikan diri sendiri. Sapp sendiri percaya 1.7 juta rakyat Sabah adalah warganegara 'baru' yang terdiri dari bekas PATI. Jumlah ini bukan kecil malah separuh dari penduduk Sabah seramai 3.5 juta orang dan juga separuh dari jumlah pengundi berdaftar Sabah. Bukan saya yang cakap, ini adalah kepercayaan mereka. Oleh itu dasar otonomi dan 'Sabah for Sabahan' sudah tentulah akan menakutkan separuh pengundi daripada Sapp. Paling-paling yang tinggal ialah separuh pengundi yang selebihnya dan ini adalah cabaran yang sangat besar kerana Sapp terpaksa bersaing bukan saja dengan BN, tetapi juga dengan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) terutamanya DAP serta mungkin UBF. Pendek kata perjuangan 'Sabah for Sabahan' dengan sendirinya merupakan bantuan maha besar yang besar kepada BN dalam pilihanraya akan datang dan dengan itu Sapp tidak seharusnya dibelasah oleh apa-apa media termasuk SKw.
SKw: Peluang untuk memerintah?
TSH: Kalau 'Sabah for Sabahan' dan otonomi ini diteruskan rasanya peluang adalah tipis. Sapp boleh dapat 3 kerusi atau kurang, mungkin 5 tapi tidak lebih dari itu. Sapp telah mendiskriminasi separuh penduduk Sabah, bukankah sekarang semuanya sudah rakyat Malaysia. Apa yang terjadi sebelumnya itu jika benar-benar berlaku memanglah satu kesilapan dalam pemerintahan negara. Yang penting perkara ini harus dielakkan dari berlaku di masa hadapan tetapi tidak patut merungut terus-terusan sedangkan pada tahun 1957 dan 1963 kerakyatan Malaysia juga adalah secara jus soli. Mana boleh berkuasa dengan cuma mengharap sokongan separuh penduduk kemudian terpaksa lagi bersaing sengit dengan BN, PR dan UBF. Sedang dipihak yang lain, BN buta-buta sudah mendapat sokongan dari separuh penduduk dan apa saja bilangan yang diperoleh dari yang separuh lagi sudah tentu adalah jaminan 'fixed deposit' untuk terus memerintah.
3 comments:
Syabas krn ada jg tulisan yg adil utk sapp, jgn jadi penyebar fitnah saja.
syabas tai larr.......... msi mgutuk lagi tu
memang lojik utk difikir2kan... banyakkan lagi tulisan yg spt ini bukan ja artikal yg mgutuk sembarang
Post a Comment