Birokrasi mengekang, pegawai kerajaan lembab .... kasi saja royalti 20%!!!




Unspinners membaca tulisan GAP SINI yang menyatakan persetujuan agar dikajisemula royalti minyak dan gas pada Sarawak.

Desakan ini dibuat oleh Speaker DUN Dato Salleh Said Keruak dan Setiausaha UMNO Sabah, Dato Abdul Rahman Dahlan. Difahamkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pun menyuarakn hal yang sama.



Hujah GAP adalah seab mereka kubu kuat BN dan apa salah kerajaan pastikan penyumbang kekuatan BN di beri manafaat.



Hujah Unspinners pula adalah kerana jentera kerajaan yang diuruskan dan ditadbir oleh pegawai kerajaan (bukan ahli politik) terlalu lambat dan lembab untuk salorkan peruntukan.



Sering kali permintaan atau permohonan boleh hilang ditengah jalan dan tak masuk senarai.



Sudahlah tu ... nak tunggu mohon diluluskan dan turun untuk dipimplementasikan makan masa sampai dua tuga tahun. Kalau gitu apa ertinya?



ELoklah pihak negeri uruskan sendiri peruntukan untuk dalam negeri.



Semuanya di pusatkan ke pejabat MOF hingga fail berlonggok macam bukit di pejabat jabatan atau agensi tertentu. Mereka ini menguruskan untuk seluruh negara. Kalau zaman Tun Razak bolehlah pasal tak banyak tapi kini dah tahun 2014!



Antara sebab Saah dan Sarwak tak dapat maju dengan cergas adalah sebab birokrasi pegawai kerajaan federal.



Bayangkan kalau federal nak uruskan duit royalti minyak, dari petronas nak masuk ke kementeriaan kemudian di kementeriaan pegawai kerajaan duduk bertelor atas fail.



Jawankuasa demi jawatankausa perlu dilalui. Laporan demi laporan yang perlu dibuat. Siasatan demi siasatan, laporan konsultan lagi, mesyuarat pula, laporan JKR dan selapis demi selapis.



Belum cerita pemanauan projek yang Fedrral tak upaya lakukan.



DIfahamkan ada satu ceriat di Sarawak di mana rumah PPRT berhadapan dengan masaalah spec mintu yang terlalu kecil dan tak sesuai. Nak dapatkan approval untuk itu pun makan masa 6-7 bulan. Belum nak nak bina lagi.



Mana pula wakil rakyat atau pegawai perlu turun naik Kuching ke KL untuk pastikan proses berjalan jalan dan tak tersekat sana sini.



Dari perspektif Rakyat diutamakan ada baik negeri perlu uruskan sendiri. Negeri kaya tapi rakyat jadi miskin sebab pegawai kerajaan yang lambat, lembab dan birokratik. Sampai bila-bbila mereka tidak akan berubah untuk segera dalam melakukan apa-apa.



Hanya satu pandangan kami



SUMBER: http://ift.tt/1pTlx7D

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog