Isu alKitab - Masalah Bakal Berpindah Dari Selangor ke Putrajaya Pula !




Itulah yang saya nampak dari tindakan Persatuan Bible Malaysia ( PBM ) mahu berpindah pejabat dari Selangor ke Kuala Lumpur. Sama2 kita tunggu apakah reaksi JAIWP pula, dan bagaimana reaksi Putrajaya dalam menangani isu ini.

“We strongly feel that the Selangor government has let us down by allowing Jais to seize the bible, whereas, the federal government has never dishonoured the agreement made under the 10 Point Solution”, kata pengerusi PBM Lee Min Choon - FMT .


Kami amat kecewa dengan kerajaan Selangor kerana membiarkan Jais merampas bible sedangkan kerajaan Pusat tidak pernah mengengkari perjanjian yang dibuat di bawah 10 Point Solution.


Jika sebelum ini kerajaan Pusat menolak masalah ini kepada Selangor kerana kes berlaku di negeri Selangor dan yang terlibat adalah JAIS, bagaimana nanti kalau PBM berpindah ke Wilayah Persekutuan ?



Sekarang semua orang sudah tahu yang bible dalam bahasa Melayu atau alKitab menggunakan kalimah Allah sebagai gantinama Tuhan Kristian dan Wilayah Persekutuan tidak mempunyai Enakmen Syariah seperti Selangor jadi apakah JAIWP akan terikat dengan 10 Point Solution dan membenarkan PBM menyimpan alkitab berkenaan ?



MB Khalid pastinya lega dengan keputusan PBM itu ! Kata beliau -


"Tiada komen apa-apa. Cuma saya nak ucapkan mereka selamat maju jaya," - TMI .



Hmmmm .... MB Khalid menyindir siapa tu sebenarnya ?


Sedang menunggu masa untuk penghantaran adalah 50 ribu alkitab dalam bahasa Melayu dan Iban yang telah ditempah dari kilang di Indonesia sebelum serbuan Jais. Ia akan dibawa masuk terus ke Sabah Sarawak dan bagi Semenanjung adalah melalui Pulau Pinang.


Bagaimana ia hendak di bawa ke Kuala Lumpur sedangkan wilayah itu dikelilingi oleh negeri Selangor tidak pula disebut.


PS - Khairy bolehlah mula fikirkan alasan dari sekarang bagaimana mahu menangani isu ini kelak kerana ia bukan lagi masalah negeri Selangor nanti. ( KLiK )


Apakah ada perkiraan politik disebalik keputusan PBM itu ?



SUMBER: http://ift.tt/1euNkeV

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog