Kit Siang persalahkan ESSCOM lepas disogok pengusaha resort




Dalam kejadian yang berlaku pada 4 April lalu membabitkan seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort dari Filipina. Motif penculikan itu adalah wang. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa telah menahan beberapa orang pekerja asing di resort berkenaan untuk membantu siasatan.

Kebanyakan resort di Sabah terutama membabitkan pulau-pulau terpencil adalah milik orang Cina. Kebanyakan peraturan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa, dilanggar dan tidak dipedulikan oleh pengusaha-pengusaha resort tersebut. Antara lain termasuklah menyediakan pengawal keselamatan bersenjata yang mengawal resort.



Bagaimanapun, kegagalan mereka untuk menanggung kos keselamatan, dipindahkan kepada pihak keselamatan apabila mendesak agar PDRM, ESSCOM dan ATM menjadi pengawal keselamatan mereka secara percuma dan boleh diherdik sesuka hati.



Begitu juga dengan larangan pengambil tenaga kerja asing tak berpermit, turut mendapat bantahan daripada penguasaha-pengusaha resort berkenaan. Mereka tidak sahaja menyalahkan kerajaan kerana enggan berkompromi dalam hal tersebut, sebaliknya mendakwa tindakan tersebut akan menyebabkan mereka kerugian besar.



Apabila berlaku penculikan dan pencerobohan lanun, mereka segera menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak bertindak mengawal resort mereka. Dan untuk menambahkan tekanan, mereka menggunakan khidmat DAP dan PKR seperti yang dilakkan oleh Chun Cai, pengusaha Sipadan-Mabul Lodge yang menyediakan kemudahan bot dan penginapan untuk Lim Kit Siang sepanjang dia melawat Esszone.



Itu jugalah yang dikatakan oleh Lim Kit Siang apabila dia menyalahkan sepenuhnya ESSCOM dan mencerca peraturan-peraturan yang diberikan dalam menguatkuasakan keselamatan untuk pengunjung-pengunjung resort-resort berkenaan.



Baca sepenuh di Selangor Chronicle SINI



SUMBER: http://ift.tt/1ipxj9C

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog