TIAN CHUA MINTA MAAF SUSULAN KECELUPARAN MULUTNYA MENGAITKAN UMNO DALAM INSIDEN LAHAD DATU




‘Kemenangan’ terbesar UMNO dalam tempoh 24 jam sebelum Maulidur Rasul 1435H pastinya memberikan gambaran sebenar betapa pemimpin PKR dan PAS semenangnya memfitnah.



Naib Presiden PKR, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menarik balik kenyataan fitnahnya yang mengaitkan UMNO dengan kejadian pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, pada Februari tahun lepas.



Manakala, Mustafa Ali yang terkenal dengan adegan seluar dalam melalui peguamnya dan akhbar rasmi PAS, HarakahDaily pula turut menyatakan persetujuan menarik balik kenyataan fitnah terhadap UMNO kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip dirinya.



Kenapa perlu berbuat begitu? Sebabnya mereka sudah mengetahui bahawa mereka akan kalah dalam perbicaraan di mahkamah dan kekurangan bukti untuk menang dan memalukan UMNO.



Tindakan mereka itu hanya mahu menimbulkan persepsi negatif terhadap UMNO dan BN demi mencapai kemenangan dalam PRU-13.



Namun, kejayaan yang cuba dinikmati pemimpin seperti Tian Chua dan Mustafa Ali tidak kesampaian kerana Allah SWT tahu siapa pemimpin yang lagi jujur dan bersih dalam membantu rakyat tanpa sebarang menimbulkan prejudis dan menikam saingan dengan pelbagai dakwaan fitnah.



Walaupun sudah minta maaf, namun Tian Chua sepatutnya meminta maaf kepada keluarga mangsa insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah kerana mereka menerima kesan daripada tohmahan itu.



Mungkin kesalahan menuduh UMNO telah selesai, tetapi Tian Chua seharusnya juga memohon maaf kepada keluarga polis dan tentera yang terkorban. Mereka benar-benar terasa dengan keceluparan mulut Tian Chua.



Ini kerana perbuatan Tian Chua itu telah benar-benar melukakan hati keluarga anggota polis dan tentera yang telah terkorban demi mempertahankan negara daripada serangan pengganas.





Inilah pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat politik mereka untuk memerintah. Bagi mereka kuasa politik lebih penting daripada maruah dan kebajikan rakyat yang sepatutnya dibela.





SUMBER: http://ift.tt/1fwJ0Mv

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog