Dari themalaymailonline -
Pandangan Tun Mahathir - Kalimah Allah adalah Hak Milik Orang Islam, BUKAN milik orang bukan Islam.
Dari TMI pula -
"Saya berpandangan kalimah Allah adalah hak orang Islam, tidak bukan Islam,"
"Dulu kita dapat selesaikan, tiada masalah. Jadi mengapa sekarang?"
Dr Mahathir berkata, pihak berkuasa mesti memastikan Bible dalam bahasa Melayu hanya terhadap digunakan di Sabah dan Sarawak supaya tidak terlepas kepada umat Islam di Malaysia .
Jelas dan tidak mungkin boleh disalahtafsir. Kan senang kalau pemimpin2 kerajaan boleh katakan pandangan sebegitu .... Ini tidak, berbelit2 lidah !
Kerajaan berpegang pada 10 Point Solution yang membenarkan alKitab ( yang mengandungi kalimah Allah ) diimport dan dicetak di Semenanjung tapi waktu sama kerajaan berpendirian bahawa 10 Point Solution tidak boleh mendahului Enakmen Syariah yang mengharamkan alKitab yang mengandungi Kalimah Allah. ( KLiK )
Tak ke berbelit namanya tu ?
Bila rakyat mempersoalkan perkara ini dan minta penjelasan, kerajaan senyap. Lagi orang bising.... kemudian kerajaan bersuara -
Kurang komen isu ini lebih baik
Pulaaak .... Kurang komen itu ditujukan kepada rakyat supaya jangan banyak komen atau merujuk kepada kerajaan yang lebih suka diam tanpa beri penjelasan ?
Kalau tak mahu rakyat bising, cepat2 lah berikan penjelasan dan ketetapan kerajaan dan bertegas dengan pendirian itu.
SUMBER: http://ift.tt/1mOLruv
0 comments:
Post a Comment