Umno-BN perlu henti mangsakan rakyat untuk kurang hutang negara


Oleh: AFEEQA AFEERA



SHAH ALAM : Kerajaan Umno-BN digesa supaya tidak terus memangsakan rakyat dengan mengenakan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan untuk mengurangkan hutang negara akibat perbelanjaan besar pentadbirannya.



Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata tindakan kerajaan menarik pelbagai subsidi serta mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sangat ‘regresif’ disifatkan sebagai tidak adil terutama kepada golongan berpendapatan rendah.



dr.dzul



Kesan daripada itu katanya, negara diramal mencatat inflasi ke paras 2.9 peratus untuk tahun 2014 dan terus melonjak ke paras setinggi 3.3 peratus pada tahun 2015.



“Ramalan inflasi ke tahap Harga Pengguna (CPI) mencecah 3.3 ke 3.5 peratus adalah ganas dan sangat munasabah bahawa lebih ramai akan mengalami kesukaran untuk mengekalkan kos dan gaya hidup yang sudah terbiasa terutama bagi mereka yang kurang disiplin menguruskan kewangan.



“Saya tidak boleh bayangkan, di samping kenaikan harga barang dan servis yang menggila nanti ditambah dengan kenaikan kos pinjaman, maka rakyat seumpama sudah jatuh ditimpa tangga,” katanya dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini.



Pengguna



Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kajian Ketua Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng yang berpendapat lebih ramai rakyat Malaysia bakal muflis berikutan pemotongan subsidi kerajaan serta kenaikan harga barangan untuk menyelesaikan masalah kewangan negara.



Akhbar Singapura, Straits Times pula melaporkan terdapat lebih 60 rakyat diisytiharkan muflis setiap hari sehingga September, iaitu naik daripada 53 sehari pada 2012.



Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata kadar pinjaman semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka turut naik sekaligus meningkatkan ansuran bulanan kereta, rumah dan pinjaman peribadi.



Katanya tindakan itu akan menyebabkan semua institusi perbankan negara turut menaikkan kadar pinjaman purata mereka dalam semua bentuk pinjaman dan ia dikhuatiri bakal ‘melahirkan’ lebih ramai rakyat muflis di negara ini.



“Kenaikan perkara asas oleh BNM akan menyaksikan beban hutang dan bayaran ansuran bulanan meningkat apabila semua institusi perbankan menaikkan kadar pinjaman mereka. Berapa ramai lagi akan muflis?



“Apakah kesan dan impak sosial apabila rakyat mengubah cara hidup mereka untuk memastikan cukup saraan bulanan mereka?” katanya lagi.EZY






SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2014/01/umno-bn-perlu-henti-mangsakan-rakyat.html

1 comments:

{ Bilal157 } at: 10 January 2014 at 10:39 said...

sejahterakan rakyat :-)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog