Bantah kenaikan harga barangan, 1 juta tandatangan disasar


OLEH: AFIX REDZUAN



SHAH ALAM: Jingga 13 melancarkan kempen siri jelajah mengumpul satu juta tandatangan rakyat Malaysia, Bantah Barang Naik (BN) sebagai tanda protes kenaikan berantai yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional (BN)



Inisiatif ini dilakukan atas keprihatinan terhadap kesusahan rakyat ditambah dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hassan Malek yang menyatakan kementerian tidak menerima banyak aduan berhubung kenaikan harga barangan.



Jingga13



Timbalan Koordinator Jingga 13, Amizudin Ahmat, berkata siri jelajah ini bermula hari ini di Shah Alam dan esok di Banting serta akan menjelajah ke seluruh negara selama tiga bulan.



Siri jelajah ini dijangka tamat pada penghujung Mac 2014 di Sabah.



“Kempen ini bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat yang tidak bersetuju dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin menekan.



“Tandatangan yang berjaya dikumpulkan nanti akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri KPDNKK sebagai tanda protes rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup,” katanya.



Selain kempen yang dilancarkan di hadapan Kompleks PKNS, rakyat juga boleh mengemukakan bantahan secara online di laman sesawang http://change.org/en-GB/petitions/rakyat-malaysia-bantah-barang-naik.



Tandatangan



Sempena kempen ini juga, Jingga 13 menjual baju t-shirt khas yang boleh dibeli di lokasi jelajah dengan harga RM20 ataupun secara online pada harga RM30 termasuk pos di laman blog jingga13malaysia.blogspot.com untuk mengisi tabung Jingga 13.



Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani yang turut hadir menyatakan, rakyat perlu membantah kenaikan ini dengan tidak mendiamkan diri apabila ditekan Kerajaan BN.



Katanya kerajaan tidak seharusnya menyalahkan orang lain dalam isu kenaikan harga barang kerana mereka sendiri telah gagal mengurus tadbir negara.



“Program bantah ini adalah tugas wajib rakyat Malaysia yang berdaulat, yang mempunyai sumber lebih RM226 billion, yang diseksakan dengan barangan naik. Yang nak ditarik semua subsidi.



“Watak dan peranan kerajaan pada hari ini adalah menyalahkan orang lain untuk mengaut hasil untung. Ini tidak boleh berlaku. Bayangkan cukai dibiarkan bermaharajalela seperti GST misalnya.

“Isunya Kerajaan BN gagal mengawal selia dan urus tadbir negara,” kata beliau.EZY






SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2014/01/bantah-kenaikan-harga-barangan-1-juta.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog