#RCISABAH: KERAJAAN PERLU PERTINGKATKAN KELEMAHAN DALAM PERMOHONAN IC

0 comments



Laporan RCI Pendatang Asing Di Sabah telah mengenal pasti punca kepada pengeluaran IC yang terlalu banyak di Sabah.



Dalam Laporan RCI Pendatang Asing Di Sabah yang dibacakan Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ali Hamsa mendapati tidak terdapat sebarang petunjuk jelas bahawa proses permohonan dan pengeluaran kad pengenalan yang dikeluarkan JPN adalah menyalahi Peraturan Pendaftaran Negara 1972.



Sebaliknya, tegas Dr. Ali, apa yang salah dalam proses tersebut ialah tatacara untuk memohon dan mendapatkan kad pengenalan telah disalahgunakan oleh pemohon, dengan memberi maklumat peribadi tidak tepat sebelum (maklumat tidak tepat itu) disahkan pula ketua kampung.



“Suruhanjaya mendapati penggunaan akuan berkanun atau surat akuan yang sebenarnya memudah dan menyerlahkan penyalahgunaan tersebut (maklumat peribadi tidak tepat),” katanya.



Ini ditambah pula dengan ketiadaan integriti yang dimiliki penjawat awam yang bekerja di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga menyebabkan gejala itu berleluasa tanpa kawalan dan pemantauan berterusan di peringkat atasan.



Namun, sekarang ini bukan masa untuk menuding jari kepada siapa yang bersalah kerana individu yang terbabit telah pun dikenakan hukuman.



Sekarang ini masa untuk mengatasi dan memperbaiki kelemahan yang telah dikenal pasti bagi membolehkan kejadian yang sama tidak berulang.



Disarankan agar setiap penjawat awam yang berisiko dalam mengeluarkan dokumen penting yang melibatkan keselamatan negara perlu diberikan latihan dan pengkhususan dalam meningkatkan integriti supaya lebih jujur dan bertanggungjawab.





Ini bukan sahaja tertakluk kepada pegawai di JPN, tetapi juga penjawat awam di peringkat lain seperti Jabatan Imigresen Negara, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan mereka yang berurusan dalam mengeluarkan dokumen penting kerajaan dalam usaha membasmi unsur penyalahgunaan kuasa dan rasuah.





SUMBER: http://ift.tt/1AiaxaP
Read more »

#RCISABAH ISTILAH 'PROJEK IC' DI SABAH HANYA SANDIWARA PEMBANGKANG

0 comments



Sebelum ini ramai pihak terutama pembangkang mengaitkan Projek IC terhadap Kerajaan semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad.



Tujuan mereka hanya satu iaitu cuba memberikan imej yang buruk kepada kerajaan BN semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir mahupun pemerintahan BN sekarang dengan mengaitkannya dengan pilihan raya.



Tetapi, pengumuman Laporan Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing Di Sabah menjelaskan bahawa tiada langsung kaitan Projek IC dengan kerajaan sekali gus menggambarkan tuduhan pembangkang sebelum ini adalah palsu.



Sebaliknya, Laporan RCI Pendatang Asing Di Sabah yang dibacakan Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ali Hamsa semalam mendapati tiada pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang asing dibuat demi kepentingan politik khususnya atas nama ‘Projek IC’.



Menurutnya, berdasarkan laporan suruhanjaya itu, apa yang sebenarnya terjadi ialah pengeluaran kad pengenalan secara haram wujud disebabkan amalan rasuah oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang didorong faktor kewangan.



“(Suruhanjaya mendapati) kerajaan telah mengambil tindakan ke atas mereka yang mengeluarkan kad pengenalan dan dokumen pengenalan diri lain tanpa mengikut undang-undang. Ini menunjukkan bahawa ‘Projek IC’ yang dibangkitkan tak timbul,” katanya.



Dengan pengumuman Laporan RCI Pendatang Asing Di Sabah menandakan berakhirnya fitnah pembangkang bahawa kewujudan Projek IC itu didalangi kerajaan.





Sebaliknya, kehadiran pendatang asing di Sabah itu dicetuskan sindiket pemalsuan IC oleh ‘orang dalam’ JPN dan telah dikenal pasti serta diambil tindakan sewajarnya dalam usaha membasmi kegiatan tidak berakhlak ini.





SUMBER: http://ift.tt/1yQAIFn
Read more »

#RCISABAH: SELAMA INI SUHAKAM TIPU RAKYAT MALAYSIA

0 comments



Sebelum ini, SUHAKAM telah memberi kenyataan bahawa terdapat 1 juta pendatang asing telah diberikan Kad Pengenalan Biru oleh Kerajaan untuk tujuan memenangkan Barisan Nasional pada pilihanraya yang lepas. Kenyataan ini adalah berdasarkan pengiraan oleh Dr. Chong Eng Leong, bekas pemimpin Parti Bersatu Sabah.



Atas dasar kenyataan ini dan beberapa dakwaan oleh pemimpin pembangkang, Kerajaan di bawah kuasa Yang DiPertuan Agong telah menubuhkan Suruhanjaya DiRaja Siasatan (RCI) Pendatang Asing Di Sabah.



Namun, setelah dibentangkan oleh Ketua Setiausaha Negara sebentar tadi, tidak terdapat sebarang bukti bahawa wujudnya ‘Projek IC’ malah prosedur pemberian Kad Pengenalan Biru tersebut telah diberikan mengikut proses yang tertib tanpa sebarang kecelaruan.



Angka 1 juta pendatang asing diberikan kad pengenalan biru adalah satu dakwaan yang jahat bermotifkan politik. SUHAKAM yang dibelakangi oleh pemimpin pembangkang telah menipu rakyat dengan angka 1 juta tersebut.



Jumlah sebenar kad pengenalan yang telah diberikan kepada pendatang asing ini adalah 67,675 sahaja sejak 1963 sehingga 31 Ogos 2013. Manakala pemberian kerakyatan pula adalah seramai 68,703 orang pendatang asing sahaja.Angka ini merupakan angka rasmi sebagaimana yang ditunjukkan di dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara.Perlu diingatkan bahawa bagi tempoh tersebut, Sabah telah melalui 5 buah kerajaan sebelum ini iaitu UNKO, USNO, BERJAYA, PBS dan kemudian barulah Barisan Nasional.



Manakala, jumlah kerakyatan yang telah dilucutkan adalah seramai 23,628 orang atas pelbagai kesalahan seperti mengundi di India dan sebagainya. Manakala SPR pula mengikut hasil siasatan Suruhanjaya ini juga telah menggugurkan seramai 78,340 nama di dalam senarai pengundi. Ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menjalankan tugas mereka dan juga ketelusan SPR dalam menjalankan daftar nama pengundi tanpa memenangkan mana-mana parti politik.



Siasatan RCI juga mendapati tidak wujud sebarang bukti kewujudan ‘Projek IC’ ataupun ‘Projek Mahathir’. Yang wujud hanyalah kegiatan sindiket yang mengeluarkan sijil kelahiran, resit sementara dan juga kad pengenalan secara haram yang tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.



Kerajaan pula dari segi dasar dan polisinya secara jelas telah menggariskan peraturan-peraturan yang khusus dan ketat untuk membolehkan pendatang asing memohon menjadi warganegara. Namun begitu, wujudnya masalah di peringkat pelaksanaan apabila terdapatnya pegawai kerajaan yang tidak bertanggung jawab bersubahat dengan sindiket demi kepentingan kewangan peribadi.



Namun begitu, mereka ini yang sejumlah 22 orang pegawai dari agensi berkaitan telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan tindakan undang-undang pun telah diambil.


Secara jelasnya, dakwaan SUHAKAM seramai 1 juta pendatang asing adalah palsu semata-mata tanpa asas bukti yang kukuh dan ini boleh dianggap sebagai hasutan untuk menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia dan khususnya rakyat Sabah. Kerajaan harus mendakwa mereka yang telah menyebarkan fitnah jahat ini yang kononnya terdapat pendatang asing sengaja didaftarkan demi kepentingan politik kerajaan. Malahan, siasatan harus dijalankan mengenai dakwaan penglibatan pendatang asing kaum Cina yang dikatakan telah masuk pada pilihanraya lepas untuk mengundi parti DAP.



Sumber: KLXPress





SUMBER: http://ift.tt/1wu84vh
Read more »

Motif hitam di kertas putih

0 comments











Oleh Mohamed Hanipa Maidin





Baru-baru ini Kerajaan Barisan Nasional membentangkan kertas putih di Parlimen berkenaan isu keganasan yang dilakukan ISIL (Islamic State of Iraq and the Levant), organisasi teroris.Perdana Menteri sendiri yang membentangkan Kertas Putih tersebut.



Antara lain kertas putih itu menyatakan wujudnya rakyat Malaysia yang terlibat dalam isu keganasan di peringkat antarabangsa termasuk penglibatan di dalam skuad pengebom berani mati di Iraq.



Sebenarnya kami sebagai Ahli Parlimen begitu hairan dengan tidak semena mena Kerajaan tiba tiba membentangkan Kertas Putih itu sedangkan kami rasakan wujud banyak isu lain yang memerlukan Kerajaan membentangkan Kertas Putih tapi hingga sekarang masih tidak dibentangkan.



Saya pernah bangkitkan di Parlimen tentang isu Kertas Putih mengenai serangan pengganas Sulu di bumi Sabah namun sehingga kini tiada sebarang Kertas jauh sekali Kertas Putih dibentangkan tentang isu Sulu itu.



Setelah pembentangan Kertas Putih Perdana Menteri, kedua dua wakil rakyat dari BN dan Pakatan Rakyat (PR) diberikan peluang berbahas di mana bagi pihak PR wakil yang berbahas adalah Dato Seri Anwar Ibrahim (PKR), YB Lim Kit Siang (DAP) dan YB Dato Kamarudin Jaafar (PAS) .



Suatu yang amat malang Perdana Menteri gagal menunjukkan satu sikap yang matang dan profesional apabila beliau tidak duduk di dewan apabila Ketua Pembangkang bangun berucap sedangkan ketika beliau berucap Ketua Pembangkang tekun mendengar beliau berucap.

Keadaan yang sama juga berlaku semasa perbahasan belanjawan.



Jika Ketua Pembangkang tekun mendengar Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara, Perdana Menteri pula gagal berada di dewan apabila Ketua Pembangkang, sebagai pembahas pertama, bangun berbahas belanjawan yang Kerajaan bentangkan.



Jelas sikap Perdana Menteri itu adalah satu tradisi yang menyimpang dari amalan sistem Westminster yang negara ini warisi dari British.



Di England, Ketua Pembangkang diberi status yang tinggi dan mulia di mana ia diiktiraf ibarat sebagai Perdana Menteri Kabinet Bayangan (Shadow Cabinet).



Di England , Ketua Pembangkan dikenali sebagai 'Leader of Her Majesty's Official Opposition'.



Jika sekalipun Ketua Pembangkan di negara ini tidak diiktiraf sebegitu tinggi sepertimana di negara yang maju demokrasinya paling kurang Kerajaan BN seharusnya menunjukkan rasa hormat kepada jawatan Ketua Pembangkang itu tanpa mengira siapa yang memegang jawatan itu.



Perdana Menteri sepatutnya turut berada di Parlimen ketika mana Ketua Pembangkang berbahas dalam isu isu besar negara seperti isu belanjawan negara atau pembentangan Kertas Putih.

Berbalik kepada isu Kertas Putih.



Kesemua ahli parlimen yang berbahas, tanpa mengira BN atau PR nampaknya sebulat suara menentang keganasana dalam apa bentuk sekalipun Malahan mereka juga sebulat suara menentang keganasan yang dilakukan atas nama agama. Bagaimanapun wujudnya perbezaan besar dan ketara antara BN dan PR berkenaan cadangan yang dibangkitkan dalam kertas putih itu.



Apakah cadangannya? Ia berkenaan cadangan BN perlunya wujud satu undang undang baru yang perlu digubal untuk menentang isu keganasan ini.



Di sini lah pemisahan antara PR dan BN seperti mana pemisahan (firaq) antara Nabi Khidir a.s dan Nabi Musa a.s dalam kisah yang dinyatakan dalam surah al Kahfi di dalam Al-Quran.



BN sebulat suara menyokong penggubalan satu lagi akta untuk memerangi keganasan.

PR pula sebulat suara menentang idea busuk itu.



Persoalannya adakah pendirian PR itu boleh ditafsirkan sebagai menyokong keganasan?



Jika ditanya kepada BN itulah kesimpulan mudah yang mereka akan katakan.



Pendirian PR hakikatnya satu pendirian yang wajar dan amat munasabah.



Kita perlu bertanya adakah negara kita ini tidak mempunyai undang undang bagi menentang isu keganasan sehingga kita perlukan undang undang baru seperti yang dicadangkan Kerajaan BN dalam Kertas Putih itu.



Jawapan kepada persoalan itu adalah kita sudah ada tiga undang undang yang digubal Kerajaan BN bagi memerangi keganasan. Maka apa perlunya Kerajaan ingin menambah satu lagi undang undang?



Kita sudah ada Akta Pencegahan Jenayah yang dipinda tahun lepas dengan dimasukkan peruntukkan baru yang tersangat drakonian bagi memerangi antara lain isu keganasan.



Akta tersebut juga mengembalikan semula tahanan tanpa bicara iaitu roh jahat ISA yang ditiup masuk ke dalam Akta itu.



Kita juga sudah ada SOSMA iaitu Akta yang secara spesifik digubal untuk memerangi keganasan.



Akta ini sarat dengan pelbagai peruntukkan yang amat bertentangan dengan prinsip karamatul insan (kemuliaan manusia) dan prinsip prinsip keadilan khususnya hak hak orang yang dituduh.



Saya berbahas panjang dalam Parlimen ketika Akta Pencegahan Jenayah dan SOSMA dibentangkan di mana saya masukkan dalam ucapan saya prinsip prinsip Islam dan undang undang dalam perbahasan saya.



Saya masih ingat ketika mana saya menyebut dan menghurai prinsip prinsip keadilan dalam Islam di Parlimen tatkala berbahas kedua dua Akta ini, Ahli Parlimen DAP dari Bukit Mertajam, iaitu wakil rakyat bukan Islam bangun mencelah dan menyatakan "saya amat tertarik dan terpegun dengan prinsip prinsip Islam yang diutarakan Ahli Parlimen Sepang"



..Alhamdulillah ia meyakinkan lagi saya betapa keindahan Islam itu wajar diterangkan dengan lebih agresif kepada orang orang bukan Islam .



Akhirnya kita juga mempunyai peruntukkan peruntukkan khas dalam Kanun Keseksaan yang bertujuan memerangi keganasan.



Jelas Kerajaan BN terlalu 'stereotype' dalam berfikir dan bertindak.



Bagi mereka segala isu hanya boleh diselesaikan melalui undang undang.



Hakikatnya salah satu ciri sebuah negara diktator adalah negara itu mempunyai terlalu banyak undang undang.



Adakah negara ini sedang bergerak ke arah tersebut?



Bagi kita isu keganasan ini lebih kepada isu fahaman atau ideologi maka undang undang tidak mampu untuk menyelesaikan masalah itu kerana undang undang bukan digubal untuk berlawan dengan ideologi.



Amat perlu difikirkan mekanisme lain.



Ya, benar keganasan melibatkan keselamatan negara maka sewajarnya Kerajaan memikirkan soal sistem pertahanan kita yang begitu rapuh sehingga mudah ditembusi pengganas dan ini melangkaui aspek undang undang.



Justeru itu apabila Kertas Putih dibentang bagi menjustifikasi penggubalan satu lagi undang undang yang baru dan represif maka kita berhak bertanya mengapakah Kertas Putih ini dicemarkan dengan motif yang hitam !



SUMBER: http://ift.tt/1wrhS9p
Read more »

PEMBANGKANG KECEWA #RCISABAH TIDAK DIKAITKAN DENGAN PROJEK IC TUN DR MAHATHIR

0 comments



Laporan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Pendatang Asing Di Sabah yang dibacakan Ketua Setiausaha Negara di Kota Kinabalu petang tadi tidak menyebut kemunculan Projek IC seperti yang digembar-gemburkan pembangkang sebelum ini.


RCI Sabah yang menyiasat pemberian IC itu merangkumi tahun 1972 hingga 2012 dengan kebanyakan tahun pemerintahannya melibatkan pemerintahan zaman Tun Dr Mahathir.


Sebelum Laporan RCI Sabah itu dibentang dan dibacakan dan ketika Tun Dr Mahathir disoal siasat, pembangkang mendakwa kemunculan Projek IC dibiayai pada zaman bekas Perdana Menteri.


Namun, mereka lupa bahawa Sabah sendiri pernah diperintah pembangkang sebelum kedatangan UMNO. Malah, pernah suatu ketika kuasa mengeluarkan IC itu diberikan kepada kerajaan negeri Sabah.


Fakta ini tidak difikirkan pembangkang sebaliknya hanya ingat bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang paling lama.


Malah, Ketua Pembangkang yang turut disiasat ketika beliau masih dalam kerajaan dan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan juga tidak yakin Tun Dr Mahathir terlibat dalam Projek IC.


Tetapi, apabila di luar siasatan Anwar Ibrahim bertindak sebaliknya dengan mengaitkan Tun Dr Mahathir sebagai orang disebalik Projek IC itu hanya kerana beliau pembangkang.


Pembentangan Laporan RCI Sabah itu sekaligus membersihkan nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad daripada sebarang atau mana-mana projek IC.


Yang pasti, pembangkang tidak akan berhenti di sini sebaliknya akan terus mencari jalan untuk memburukkan nama pemimpin kerajaan demi mahukan kuasa walaupun menyedari pemimpin mereka bersalah dan pembohong.







SUMBER: http://ift.tt/1vKNx46
Read more »

BAGAIMANA SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) PENDATANG ASING DI SABAH DIBENTUK?

0 comments


Setiap daripada anggota panel dalam Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) Pendatang Asing Di Sabah merupakan yang terbaik dan mempunyai pengalaman luas selain kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing.



Mereka ini juga telah mendapat perkenan DYMM Agong sebagai satu syarat RCI ini ditubuhkan bagi menyelesaikan isu nasional yang mempunyai kepentingan negara.



RCI Pendatang Asing Di Sabah ini diketuai dan dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim sejak 21 Ogos 2012. Manakala, setiausaha disandang Datuk Saripudin Kasim (Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Malaysia).



Ahli-ahli panel yang lain terdiri daripada:

Pesuruhjaya – Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon (Bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah)

Pesuruhjaya – Tan Sri Datuk Seri Panglima Herman Luping (Bekas Ketua Peguam Negeri Sabah)

Pesuruhjaya – Datuk KY Mustafa (Bekas Setiausaha Negeri Sabah)

Pesuruhjaya – Datuk Henry Poy Wu (Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia)



Lantikan Yang Dipertuan Agong ini seharusnya tidak perlu dipertikaikan kerana mereka mempunyai latar belakang profesional yang diiktiraf di dalam bidang masing-masing. Ahli Suruhanjaya DiRaja ini juga mempunyai ahli yang berpengalaman luas di dalam perundangan, akademik, pentadbiran awam, ekonomi dan juga pencegahan jenayah.



Prosiding tersebut bermula pada Januari 2013 apabila Manoj Kurup, Datuk Azmi Ariffin and Jamil Aripin dari Jabatan Peguam Negara dilantik sebagai pegawai pengendali bagi membantu suruhanjaya menyoal saksi-saksi.



Dalam kenyataannya, Manoj berkata, para pegawai pengendali perlu mengemukakan bukti daripada perspektif sejarah daripada saksi yang memiliki kepakaran dalam bidang sejarah dan antropologi.



Tambahnya, saksi-saksi daripada pelbagai jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Statistik, dan Pejabat Ketua Menteri Sabah turut dipanggil bagi memberikan keterangan.



Bukti juga dikumpulkan daripada individu-individu dari beberapa negara seperti Filipina, India, Pakistan dan Indonesia, yang memiliki pelbagai jenis dokumen pengenalan diri seperti 1MM-13, permit kemasukan, dan kad pengenalan diri hijau dan biru.



Sepanjang prosiding yang berakhir pada 2013, suruhanjaya berkenaan telah memanggil 211 saksi termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Selain bekas Setiausaha Politik Tun Mahathir, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said juga menafikan penglibatannya mengeluarkan kad pengenalan diri kepada warga asing seperti yang didakwa.



Prosiding tersebut turut mengetengahkan testimoni daripada warga Filipina dan beberapa imigran lain, tentang pemilikan kad pengenalan diri dan juga keterlibatan dalam proses mengundi sewaktu pilihan raya.





Laporan suruhanjaya itu telah disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong pada bulan Mei tahun ini.






SUMBER: http://ift.tt/1wp5ZRa
Read more »

KERAJAAN TUNAI JANJI BENTANG LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) PENDATANG ASING DI SABAH PETANG INI

0 comments


Tiada apa yang perlu disorokkan kerajaan terhadap isu kehadiran pendatang asing yang ramai di Sabah apabila Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Pendatang Asing Di Sabah dibentangkan di Parlimen petang ini.



Bagi pembangkang mereka amat menantikan keputusan RCI Pendatang Asing Sabah itu yang disifatkan mereka sebagai kegagalan kerajaan dalam mengawal kehadiran pendatang asing selain mengaitkannya dengan politik.



Sebagai sebuah kerajaan yang diberikan kepercayaan oleh rakyat dalam mentadbir Malaysia, kerajaan BN di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sentiasa mendukung prinsip ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.



Atas dasar ini RCI yang ditubuhkan bagi menyiasat dan membongkar segala macam kesalahan yang berlaku mengenai pendatang asing di Sabah. Malah, keanggotaan RCI ini dilantik dan diperkenankan oleh DYMM Agong berdasarkan kepada kepakaran dan pengetahuan yang ada pada mereka.



Laporan tersebut dimulakan pada 21 Ogos 2012 dan dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim.



Anggota panel itu juga terdiri daripada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon; bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu; bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa dan bekas timbalan ketua menteri dan bekas peguam besar Sabah Tan Sri Herman J Luping.



Prosiding tersebut bermula pada Januari 2013 apabila Manoj Kurup, Datuk Azmi Ariffin and Jamil Aripin dari Jabatan Peguam Negara dilantik sebagai pegawai pengendali bagi membantu suruhanjaya menyoal saksi-saksi.



Sememangnya, beberapa penjawat awam yang sebelum ini telah didapati bersalah kerana bersekongkol dan terlibat sama dalam kes pendatang asing di Sabah telah dikenakan hukuman setimpal tanpa memilih warna kulit dan pangkat.



Prinsipnya, yang salah tetap salah, dan yang benar tetap benar tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan sendiri.



Ini bukan isu hanya melibatkan Sabah sebaliknya ia juga telah diklasifikasikan sebagai isu nasional yang melibatkan kepentingan negara.





Justeru, apa sahaja keputusan RCI Pendatang Asing Sabah ini yang akan dibentangkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa di Kota Kinabalu harus diterima rakyat terutama pemimpin pembangkang yang sentiasa memutarbelitkan fakta.






SUMBER: http://ift.tt/1yHSfiV
Read more »

Pengurusan baharu MBI teliti pampasan pegawai Abdul Khalid

0 comments

Oleh: NAEEM RAFFI



SHAH ALAM: Pengurusan baharu Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) bakal meneliti laporan audit berhubung kontroversi pembayaran pampasan kepada pegawai mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa tidak mematuhi prosedur.



Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata, pengurusan MBI yang baharu tidak akan menyembunyikan fakta dan tidak akan berkompromi jika terdapat unsur melanggar peraturan serta salah guna kuasa.



“Ada kewajaran untuk kita meneliti laporan audit yang baru sahaja dibentangkan di dalam sidang ini,” kata Mohamed Azmin ketika menjawab pertanyaan lisan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.



MB-FAEKAH Lapan pegawai mantan menteri besar itu dilaporkan menerima bayaran pampasan kerja bernilai RM2.8 juta yang disifatkan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah.



Pembayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan menteri besar berkuat kuasa, pada 23 September lalu.



Justeru, pengurusan MBI yang baharu diminta menstruktur semula operasi termasuk jumlah perjawatan tertakluk kepada tugas dan fungsi perbadanan itu.



“Sebelum 23 September lalu, jumlah kakitangan MBI adalah seramai 36 orang. Walaubagaimanapun, pengerusi MBI ketika itu mengambil keputusan menamatkan kontrak 14 kakitangan dengan jumlah pampasan dan ganti rugi tiga bulan gaji RM2.8 juta, berkuatkuasa 23 September lalu,” katanya.



ng suee lim dns 04 jul 01 Sebelum ini, Suee Lim membangkitkan isu sama dalam sidang DNS, selain menyifatkan keputusan yang dibuat pada tempoh akhir perkhidmatan ADUN Pelabuhan Klang itu adalah pampasan terbesar dalam sejarah pentadbiran Selangor.



“Kenapa tergesa-gesa diluluskan dan dibayar, apa agenda tersirat. Hairan apabila media laporkan mantan menteri besar tak tahu jumlah sebenar bayaran itu.



“Saya minta penjelasan, butiran terperinci, dedah laporan semakan audit apakah ia melibatkan wang rakyat. Saya bukan dengki, tapi demi ketelusan perkara ini perlu didedahkan, harap ia tidak berlaku akan datang,” katanya.



MBI ditubuhkan bawah enakmen 23/1994 yang dilulusan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 18 Mei 1994.



Objektif penubuhannya adalah bertindak menjalankan pengawasan bersepadu yang berpusat ke atas pelaburan yang dibuat Kerajaan Negeridan berperanan sebagai medium pelaksana bagi agenda Kerajaan Negeri.-NFN-






SUMBER: http://ift.tt/11RFmHt
Read more »

DAFTAR PEMILIH NI BUAT MENGABIHKAN MASA JE!!!

0 comments

Untuk apa kita nak mengabiskan masa buat kerja yang jelas hanya sia - sia belaka? Buat apa pulak kita yang dikerahkan dan perlu berhempas pulas buat kerja untuk orang lain?



Kalau melihat kepada statistik yang dibentangkan oleh Datuk Seri Shafie Apdal dalam Perhimpunan Agung UMNO baru - baru ini bukannya satu perkara yang memeranjatkan.



Perkara tu memang kita semua diperingkat bawahan dah sedia maklum. Tapi orang atasan je yang tak ambik peduli dengan apa yang telah dinyatakan diperingkat bawahan.



Bagi Sh secara peribadi, keja buat daftar pemilih ni hanya satu kerja yang mengabihkan masa!!! Tak de faedahnya buat kerja yang sia - sia. Itu hakikat yang perlu semua orang terima.



Soalnya, kenapa perlu kita tolak cadangan untuk melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik? Kenapa ada dikalangan ahli Parlimen yang menolak cadangan tersebut?



Sedangkan perkara itu boleh dilaksanakan sejak dulu lagi. Tapi masih banyak alasan - alasan yang diberikan oleh mereka yang terlibat. Kenapa mereka menolaknya?



Persoalan yang membuatkan rakyat tertanya - tanya, adakah Ahli Parlimen di Malaysia ni terlalu MALAS nak turun padang dan mendekatkan diri dengan pengundi yang telah didaftarkan?



Seandainya sistem pendaftaran pemilih dilaksanakan secara automatik, maka parti - parti Politik boleh menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting, Menjaga Kebajikan Rakyat.



Perkara sedemikian sudah pun dilaksanakan diluar Negara dimana semua rakyat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai kelayakan untuk mengundi.



Daripada nak menghabiskan masa dan tenaga untuk mengajak orang mendaftarkan diri sebagai pengundi tetapi kemudiannya tidak menjaga Kebajikan mereka, apa gunanya?



Sekiranya daftar pemilih itu dilakukan secara automatik, tugas parti Politik hanya sekadar perlu ditumpukan kepada kerja - kerja menjelaskan dasar perjuangan parti masing - masing.



Ahli Parlimen yang sedia ada atau pun Parti Politik yang wujud di Malaysia ni yang perlu turun ke padang, mengumpul semua pengundi yang ada dikawasan masing - masing untuk menjelaskan dasar perjuangan sendiri.



Lagi pun, kita sendiri sudah sedia maklum. Rakyat Malaysia hari ini sudah semakin bijak memilih yang mana satu parti Politik yang benar - benar berjuang membela kepentingan rakyat dan yang mana satu hanya sekadar RETORIK berjuangan untuk diri sendiri!!!





SUMBER: http://ift.tt/1pPQCz0
Read more »

MANGSA DIBOGELKAN PUAKA DIDALAM DEWAN!!!

0 comments

Sungguh memalukan!!! Berlagak seperti manusia yang tidak ada prinsip dan pedoman. Tindakan yang dilakukan jelas merupakan satu pengkhianatan terhadap kepercayaan yang telah diberi.



Tapi apa boleh buat. Mangsa sendiri yang merelakan dirinya dibogelkan oleh orang luar sehingga tidak mampu untuk mempertahankan diri sampai tahap hilang kemaluan depan orang ramai.



Semuanya atas dasar apa? Atas dasar perjuangan untuk membela nasib rakyat? Atau untuk menegakkan Islam secara menyeluruh? Atau hanya sekadar untuk memenuhi nafsu peribadi sendiri?



Itulah perumpamaan yang mampu digambarkan mengenai hubungan 'Cinta Songsang' diantara puak - puak DAPgs dan PAS dalam Tahaluf Siyasi Pakatan Haramjadah tu sendiri.



Apa yang berlaku diantara mereka hari ini bukan hanya sekadar pertembungan diantara perbezaan ideologi perjuangan parti semata - mata. Tetapi ianya sarat dengan dendam kesumat.



Semuanya atas dasar kepentingan Politik Peribadi. Maka sebab itu masih lagi ada sesetengah pihak yang sanggup jadi Pak Angguk Saja biarpun prinsip perjuangan sendiri terpaksa dipinggirkan.



Malah, kesucian agama Islam, maruah Bangsa dan masa depan tanah air pun sanggup dilupakan atas dasar kepentingan Politik Peribadi masing - masing. Gila Kuasa belaka semuanya.



Krisis diantara PAS dan DAPigs kini semakin memuncak apabila pendedahan dibuat terhadap Pengkhianatan DAPigs terhadap PAS yang dibuat secara subversif. Nak pulak di Selangor.



Satu pendedahan yang dibuat oleh seorang Facebooker Pro PAS menjelaskan bahawa dia sendiri terkejut mendengar Si Tony Puaka menghentam kepimpinan PAS didalam dewan Konvensyen DAPigs Selangor 2014.



Antara lain, Si Tony Puaka tu tampil mempersoalkan kedudukan pembahagian kerusi yang sebelum ini telah dipersetujui diantara mereka dalam Pakatan Haramjadah tu.

“Kami di DAP jelas berasa tuntutan kami adalah adil dan langsung tidak keterlaluan dan oleh sebab itu pemimpin dan kepimpinan DAP di peringkat Pusat dan Negeri telah sebulat suara menyokong pencalonan Saudara Ng Suee Lim sebagai Timbalan Speaker dalam Dewan Undangan Negeri.


“Kami pun tidak berhasrat untuk mengusir Timbalan Speaker PAS yang telah dipilih dan dilantik. Kami hanya menuntut selama ini untuk Timbalan Speaker Kedua dilantik sepertimana yang diaturkan di Negeri Perak dan juga Negeri Sabah.”

Nampak jelas dari kenyataan yang dibuat oleh Si Tony Puaka tu memperlihatkan ketidak-serasian diantara puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri. Nak capai kata sepakat pun seikit punya susah!



Jadi, bagaimana mungkin mereka layak untuk diberikan peluang memerintah Negara jika sesama mereka pun tidak wujud sebarang kesepakatan? Kalau mereka tetap juga diberikan peluang sedemikian, alamat jahanam la Negara!!! Memang hancur dibuatnya!!!


- seterusnya...





SUMBER: http://ift.tt/1wfZ90k
Read more »

Rakyat Sabah terkesan penarikan subsidi RON95

0 comments










DETIK DAILY



KUALA LUMPUR: Rakyat Sabah akan terkena kesan teruk apabila subsidi bagi Petrol RON95 dan diesel diberhentikan pada 1 Disember 2014.



Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamid Ismail, dengan pelaksanaan sistem kaedah pengapungan terkawal yang akan menentukan harga minyak negara, harga barang-barang dan makanan di Sabah adalah terbuka kepada salahguna oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawap.



“Senarionya boleh diringkaskan seperti berikut.



Memandangkan harga minyak negara akan bergantung kepada harga minyak dunia mulai 1 Disember 2014, sekiranya harga minyak dunia naik pada Disember 2014, harga-harga barang dan makanan di Sabah akan naik.



“Tetapi sekiranya harga minyak dunia turun pada Januari 2015, harga-harga barang dan makanan tadi akan tetap kekal pada harga seperti dalam Disember 2014.



“Trend semasa di Sabah ialah kenaikan harga minyak naik akan pasti menaikan harga barang-barang dan makanan tetapi harga barang-barang dan makanan ini tidak pernah turun selepas itu,” katanya

Katanya lagi, ia ditambah dengan polisi kabotaj yang ada di Sabah, harga barangbarang dan makanan di Sabah akan meningkat dengan tinggi dengan pemberhentian subsidi minyak.



Baginya, ini akan membebankan rakyat Sabah terutamanya golongan berpendapatan rendah.



Kata beliau, Perdana Menteri menjelaskan bahawa rakyat akan menerima faedah secara langsung dengan sistem kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014.



“Saya berpendapat bahawa alasan itu tidak munasabah.



Subsidi bertujuan untuk membantu rakyat.



Sekiranya subsidi minyak dihentikan, bagaimanakah sistem kaedah pengapungan tadi dapat menguntungan rakyat secara langsung terutamanya golongan berpendapatan rendah?” soalnya lagi.



Kata Hamid, masih segar dalam ingatan rakyat bagaimana setiap kali kerajaan menaikkan harga minyak negara, kerajaan akan mengeluarkan amaran tentang pendakwaan jenayah kepada peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang- barang dan makanan secara sembarangan.



Tetapi tambahnya, walaupun amaran tersebut ada, harga barang-barang dan makanan di Sabah tetap melonjak naik.



“Sekarang bayangkan sekiranya subsidi minyak dihentikan.



Biarpun kerajaan akan mengeluarkan amaran yang saman, saya menjangkakan bahawa amaran tersebut tidak mampu menghalang peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawap dari menaikkan harga barang-barang dan makanan di Sabah,” tegasnya.



Beliau menjangkakan selepas ini akan ramai pakar ekonomi kerajaan dan prokerajaan yang akan tampil memberi pelbagai teori dan alasan menyokong keputusan kabinet menghentikan subsidi minyak.



“Tapi saya terfikir adakah mereka tahu perasaan rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah, setiap kali harga barang-barang dan makanan dinaikkan.



“Harga barang-barang dan makanan yang mahal menyusahkan dan membebankan rakyat. Dan semua orang tahu bahawa harga barang-barang dan makanan di Sabah adalah tidak sama dengan di Semenanjung Malaysia. Harga di Sabah adalah lebih tinggi,” ujarnya.



Apabila kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga minyak negara, para menteri yang menasihatkan rakyat untuk mengubah gaya hidup mereka supaya belanjawan mereka dapat disesuaikan dengan keadaan semasa.



SUMBER: http://ift.tt/1vyyASv
Read more »

Upgrade state PWD – IEM Sabah

0 comments
KOTA KINABALU: Institution of Engineers Malaysia (IEM) Sabah Branch has shot down the suggestion that the federal Public […]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2014/12/upgrade-state-pwd-iem-sabah.html
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog