Oleh: NAEEM RAFFI
SHAH ALAM: Pengurusan baharu Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) bakal meneliti laporan audit berhubung kontroversi pembayaran pampasan kepada pegawai mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa tidak mematuhi prosedur.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata, pengurusan MBI yang baharu tidak akan menyembunyikan fakta dan tidak akan berkompromi jika terdapat unsur melanggar peraturan serta salah guna kuasa.
“Ada kewajaran untuk kita meneliti laporan audit yang baru sahaja dibentangkan di dalam sidang ini,” kata Mohamed Azmin ketika menjawab pertanyaan lisan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.
Lapan pegawai mantan menteri besar itu dilaporkan menerima bayaran pampasan kerja bernilai RM2.8 juta yang disifatkan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah.
Pembayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan menteri besar berkuat kuasa, pada 23 September lalu.
Justeru, pengurusan MBI yang baharu diminta menstruktur semula operasi termasuk jumlah perjawatan tertakluk kepada tugas dan fungsi perbadanan itu.
“Sebelum 23 September lalu, jumlah kakitangan MBI adalah seramai 36 orang. Walaubagaimanapun, pengerusi MBI ketika itu mengambil keputusan menamatkan kontrak 14 kakitangan dengan jumlah pampasan dan ganti rugi tiga bulan gaji RM2.8 juta, berkuatkuasa 23 September lalu,” katanya.
Sebelum ini, Suee Lim membangkitkan isu sama dalam sidang DNS, selain menyifatkan keputusan yang dibuat pada tempoh akhir perkhidmatan ADUN Pelabuhan Klang itu adalah pampasan terbesar dalam sejarah pentadbiran Selangor.
“Kenapa tergesa-gesa diluluskan dan dibayar, apa agenda tersirat. Hairan apabila media laporkan mantan menteri besar tak tahu jumlah sebenar bayaran itu.
“Saya minta penjelasan, butiran terperinci, dedah laporan semakan audit apakah ia melibatkan wang rakyat. Saya bukan dengki, tapi demi ketelusan perkara ini perlu didedahkan, harap ia tidak berlaku akan datang,” katanya.
MBI ditubuhkan bawah enakmen 23/1994 yang dilulusan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 18 Mei 1994.
Objektif penubuhannya adalah bertindak menjalankan pengawasan bersepadu yang berpusat ke atas pelaburan yang dibuat Kerajaan Negeridan berperanan sebagai medium pelaksana bagi agenda Kerajaan Negeri.-NFN-

SUMBER: http://ift.tt/11RFmHt
0 comments:
Post a Comment